Followers

Wednesday, January 18, 2012

Doa suami kedekut.

Assalamualikum wbt..

Pernah tak kowang mengalami situasi seperti ini...
 Suami kalau bersama kawan-kawannya sungguh tidak berkira dalam berbelanja; namun isteri dirumah jika kalau minta tolong beli barang susah sangat nak keluar duit. Ada saja alasannya. Erm, pernah tak? Kalau pernah mesti kowang nak tahu bagaimana cara untuk doa suami kedekut.
Kebetulan berbual2 dengan kawan tadi, dia mengadu suaminya kedekut dari segi semua hal rumahtangga, nak itu ini kena lah tunggu dan menunggu, Lin kata mybe nak jimat, tapi kawan kata dah terlebih jimat,huhuhu kesiann kan, kot ye pun nak kedekut, berpada2 le wahai suami, jangan sampai isteri tension duduk dirumah...huhuhuhu
So Lin pun tergerak baca dan carikan cara dan bagaimana nak atasi suami kedekut ni untuk kawan Lin tu cuba amalkan. Kalau untuk Lin belum lagi sampai tahap suami kedekut gitu sekali, buat masa ni alhamdulilah, suami Lin seorang yang tak kedekut(ada masa je) dan faham kehendak dan keperluan semasa Lin dan anak2, syukur alhamdulilah..

image search dari en.google.

Doa suami kedekut serba ringkas..

1.Bacakan selalu surah Al Kausar.


2.Bacakan juga zikir pelembut hati ini agar hati suami tu lembut sikit nak beri nafkah: 
“Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir”

3.Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas ubun-ubun suami. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Selain itu hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami..

4.Selain daripada itu amalkan doa ini: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi nabi daud a.s”. 

**Tahukah Anda apabila seorang suami enggan membayar nafkah untuk penggunaan keluarga, dia sudah dikira mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan ketua keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila suami yang mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya.” (Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, no. 1442)

Info: dipetik dari Tanyalah Ustaz..






P/S: Hurmm zaman sekarang kalau suami kedekut sangat, silap2 nanti sendiri yang susah, itu yang nanti kita dengar, ramai isteri 'cari makan luar'..Nauzubillah....


14 Orang Komen:

Sari Yusa Ibrahim said...

Aminnnn...

Tihara said...

salam sis,

lama tak jenguk sis..bagus ni entry ni sbg reminder.. :)

Oh Oeya said...

'Hembus' kt ubun2 agak2 Lin.. jgn smpai hembus mcm tiup lilin.. hik3

Kesian jugelah kt kawan awak tersebut.. Semoga dia lebih bersabar selain berusaha mengatasinya.. insyaAllah :-)

~~zAnAfAhMi~~ said...

Kesian dia, mungkin dia jenis yg murah hati tentang perkara lain kot? Kalau sampai bersedekah pun kedekut juga, susah la mcm tu.

Sis-Lin said...

Sari: Aamiinnn...kita sama2 amalkan ye...

Sis-Lin said...

TIhara: Ye la..sihat ke Tiha? Sis selalu skodeng blog Tiha, dh ada juga masakan ye..heheheh

Sama2, kongsi apa yg di baca.. :)

Sis-Lin said...

Oya: Hahah hembus agak2 sikit, kang hembus tersembur air liur, ada plk kena hembus balik..hahaaaaaaaaaaaa

Sis-Lin said...

Zana: Itulah sis x pasti, tp mmg dia kata susah nakkan sesutau mntk dr suami dia, kdg2 kesian tgk dia..huhuhu

aNa d'sKoDenG said...

thanks sudi share...
buat pedoman..walau x terjd pd diri sendiri....

Sis-Lin said...

Ana d'skodeng: Sama2..just sharing... :)

Ummi said...

Lin, suami akak x kedekutzzz, dia terlebih pemurah, akak kena jadi kedekutzz kat dia...xpa kan...wahahahhahaha

meeza maureen said...

good info...thsnk you for sharing :)

Sis-Lin said...

Kak Ummi: Alhamdulilah...klu suami tak kedekut kira hidup cukup sempurna, kesian kwn Lin tu kak.,.huhuhu

Tapi kita org pompuan mmg kena kedekut selalu..hahahaaaa jimat la katakan..kakakakkaah :p

Sis-Lin said...

Meeza: Sama2 Meeza..thankx ya dear.. :)

Popular Posts