Followers

Sunday, July 31, 2011

Alhamdulilah..Selamat Berpuasa.

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulilah syukur kepasa Allah..jika diizinkan insya'allah jika umur ini dipanjangkan esok kita akan menyambut bulan Ramadhan dengan penuh keinsafan..
Bulan yang ditunggu oleh semua umat Islam dimana bulan segala amalan kita dan taubat kita diterima olehNya..insya'allah

Image search dari en.google

Dikesempatan ini, Lin ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya andai ada tersilap kata, tutur bahasa dan perilaku yang telah banyak menyakitkan hati semua tidak kira kepada siapa, mohon maaf dari Lin dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, adat resam dkehidupan, setiap manusia melakukan kesilapan, tapi kesilapan itu boleh diperbaiki dengan keinsafan dan kemaafan, moga mendapat keampunan dari semua dan diizinkan dariNya...Aminnn..

Selamat berpuasa dan Selamat berterawih dari Sis-Lin ~Bisikan Hati~




P?S: Sedih pulak rasanya tiap kali menjelang puasa..tu belum raya pulak..huwaaaa :(( i miss u Abah!


Saturday, July 30, 2011

Tarikh Peperiksaan Awam 2011

Assalamualaikum wbt..

Semakin berdebar2 macam orang nak amik ujian pulak mak dan bapak masing2, mahunya tak tiap kali anak2 nak amik ujian besar, mereka lah yang sibuk dan risau, anak2? ermmmm *malas nak cakap!
Tapi tak pe, mungkin anak2 dah bersedia atau buat sahaja sebab nak kurangkan stress, mana kita tau kan? yang penting semangat dan sokongan juga dorongan dari kita untuk anak2 itu yang penting...:)
Ibu bapa yang dah berpengalaman mungkin dah rasa debarannya, bagi Lin tahun ni adalah tahun ujian bagi anak2 Lin,Naz dan Yana. 
Naz akan menduduki SPM dan Yana akan hadapi PMR..so kita doakan yang terbaik buat mereka la yek. Ibu bapa mana tak nak tengok anak2 mereka berjaya kan...:)
Jom kita kongsi dan buat 'reminder' jadual dan tarikh penting anak2 yang akan hadapi ujian..
Info kredit dari Eputa

Image search dari en.google.

Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM, MUET 2011

Jadual peperiksaan untuk UPSRPMRSPM dan STAM bagi tahun 2011 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala tarikh peperiksaan untuk STPM dan MUET bagi tahun 2011 pula telah diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Di harap paparan tarikh peperiksaan ini akan dapat membantu mereka yang ingin buat sebarang perancangan untuk tahun ini. Di samping itu menjadi panduan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan ini untuk membuat persiapan lebih awal.
Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan yang berkenaan;
UPSR 2011:Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

Ujian Bertulis13 – 15 September 2011
 PMR 2011:Penilaian Menengah Rendah

Ujian Bertulis4 – 6 Oktober 2011
10 – 11 Oktober 2011
SPM 2011:Sijil Pelajaran Malaysia

Amali~ akan diumumkan ~
Ujian Bertulis14 Nov – 14 Disember 2011
SPM (U) 2011:Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)

Ujian Lisan15 – 17 Jun 2011
Ujian Bertulis13 – 14 Jun 2011
 STPM 2011:Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
Jadual Waktu Peperiksaan STPM 2011 – belum dikeluarkan

Ujian Lisan20 – 22 September 2011
27 – 29 September 2011
Ujian Bertulis21 Nov – 15 Disember 2011
STAM 2011: Sijil Tinggi Agama Malaysia
Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2011 – belum dikeluarkan

Ujian Lisan11 – 14 Julai 2011
18 – 21 Julai 2011
Ujian Bertulis12 – 13 Oktober 2011
17 – 19 Oktober 2011
 MUET 2011: Malaysian University English Test
Pertengahan TahunAkhir Tahun
Ujian Speaking4 – 6 April 201111 – 13 Oktober 2011
11 –13 April 201118 – 20 Oktober 2011
Ujian Bertulis16 April 201119 November 2011

Semua tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak yang berkenaan. Sila hubungi talian berikut untuk mendapatkan maklumat terkini;
  • UPSR : 03 – 8884 3382
  • PMR : 03 – 8884 3394
  • SPM : 03 – 8884 3330
  • STAM : 03 – 8884 3340
  • STPM : 03 – 6136 9663
  • MUET : 03 – 6136 9663



P/S: Dug dag dug dag rasanyaa....Anak2 Mak mesti bolehhhhh!!!! Insya'allah...:)


Hikmah Puasa Ramadhan.

Assalamualaikum wbt..

Tengok jam tengok kalendar dah nak masuk Ramadhan, sekejap betul kan, mulut ni tak habis2 asyik berkata, insya'allah, ye la kan, jika dipanjangkan umur, bertemu dan dapatlah sesama meraikannya, jika tidak, ampun dan maaf jua dipohon, Allah maha mengetahui dan maha menguasai segala apa yang ada dimuka bumi ini..Kita hanya merancang tuhan yang menentukan..:)
Sempena nak menyambut Ramdhan ni, jom kita renung2kan apa hikmah yang ada disebalik Ramadhan...

Image dari en.google.

"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)

PUASA menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) semenjak terbit fajar sampai terbenamnya matahari,dengan disertai niat ibadah kepada Allah,karena mengharapkan redho-Nya dan menyiapkan diri guna meningkatkan Taqwa kepada-Nya.

RAMADHAN bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya.Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan. Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membedakan yang benar dengan yang salah.

Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dsb.
Meskipun makanan dan minuman itu halal, kita mengawal diri kita untuk tidak makan dan minum dari semenjak fajar hingga terbenamnya matahari,karena mematuhi perintah Allah.Walaupun isteri kita sendiri, kita tidak mencampurinya diketika masa berpuasa demi mematuhi perintah Allah s.w.t.

Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:"Wahai orang-orang yang beriman" dan disudahi dengan:" Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa."Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.

Rasullah s.a.w.bersabda:

"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor." 
(H.R.Ibnu Khuzaimah)


Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, karena puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. 
Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.


Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faaedah bagi kesehatan 
rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia sahaja.


Allah berfirman yang maksudnya:
"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (s.al-A'raf:31)

Nabi s.a.w.juga bersabda:
"Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang."
Tubuh kita memerlukan makanan yang bergizi mengikut keperluan tubuh kita. Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akan membawa muzarat kepada kesehatan kita. 
Boleh menyebabkan badan menjadi gemuk, dengan mengakibatkan kepada sakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis, dan berbagai penyakit lainnya. Oleh itu makanlah secara sederhana, terutama sekali ketika berbuka, mudah-mudahan Puasa dibulan Ramadhan akan membawa kesehatan bagi rohani dan jasmani kita. Insy Allah kita akan bertemu kembali.


Allah berfirman yang maksudnya: "Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran 
pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran 
itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebathilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) Ramadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.

(s.al-Baqarah:185)


Sumber di pertik dari SINI.




P/S: Dapat sambut ke tak ni..huhuhu silap2 dah raya dulu nie...aduhhhhhhhhhh... :(


Friday, July 29, 2011

Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H

Assalamualaikum wbt..

Bila dengar Zakat, dengar waktu berbuka/imsak maknanya dah nak masuk Ramadhan..
Allah Ya Rabbi, sesungguhnya aku bersyukur diberikan nafas dan masih di sini untuk menyambutnya..insya'allah..
Jika di panjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik, kita semua kan menyambut Ramadhan pada 1hb Ogos nanti, pejam pelik pejam pelik dah dekat nak puasa, pastu raya pulak..aduhhh masa mengejar kita terlalu cepat kan?...Moga kita semua diberi hidayah dariNya pada Ramdhan yang akan menjelma nanti yek..
Dan Lin nak kongsi info untuk bayaran zakat tahun 2011 ni, puasa puasa jugak tapi jangan lupa ye bayar zakat... :)


Berikut adalah kadar pembayaran Zakat Fitrah bagi tahun 2011/1432H mengikut negeri² di Malaysia. Pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun dengan beras (sama nilai) mulai 1 Ramadan sehingga sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri sama ada melalui amil² yang dilantik ataupun di kaunter² bayaran zakat yang disediakan.

Pengeluaran Zakat adalah 
Rukun Islam ke Empat yang wajib ditunaikan selepas berpuasa di Bulan Ramadhan. Barang sesiapa yakni Muslim yang tidak mengeluarkan zakat, maka tidak sempurna Rukun Islam seseorang itu.
Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”

Ibnu Umar meriwayatkan: 

“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169)

Kadar Zakat Fitrah 2011

Negeri
Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.00
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.50
Johor
7.50, 5.50 (mengikut harga beras yang di makan?
Pahang
7.00
Terengganu
5.00 / 7.00 / 8.00 (mengikut harga beras yang di makan)
Kelantan
7.00
Sarawak
6.20
Sabah
7.00
Wilayah Persekutuan
7.00

Waktu mengeluarkan Zakat Fitrah bagi Bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:

    Wajib: Apabila terbenamnya matahari pada akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari keesokan harinya. 
    Paling afdhal: Sebelum menunaikan Solat Sunat Hari Raya. 
    Sunat: Dari 1 hingga 30 Ramadhan. 
    Makruh: Selepas selesai menunaikan Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenamnya matahari pada 1 Syawal. 
    Haram: Selepas terbenamnya matahari 1 Syawal.

Niat Zakat Fitrah

“ Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala. ”

Sumber Rujukan: Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H Mengikut Negeri² di Malaysia | Anastasyea Aida | Blogging is a Smart SEO Strategy 




P/S: Alhamdulilah ganti puasa untuk 2hari dah selesai, kalau tak asyik tertunggak ke tahun depan je..hehehehe


Thursday, July 28, 2011

Saya nak pergi holiday! Byeee

Assalamualaikum wbt...

Bulan ni banyak betul jalan2 makan angin, perut pun naik kembung tapi poket teeeeet cukup2 makan aje, kang kalau kata takde duit, membohonggg je kan..tapi walaupun cuti dekat2 dalam Malaysia ni pun, alhamdulilah jadilah kan, dapat juga merehatkan diri sambil jalan2 mengeratkan lagi hubungan family. 
*Tq buat sponsor cuti2 kali ni..
Apa2 pun just nak bagitau, selama 5 hari bermula esok, Lin dan family akan bercuti ke ______ dan ______, so kalau takde update dan balas komen tu maknanya takde le tuan rumah ni. 
Bertolak jam berapa esok Lin tak comfirm lagi, mungkin pagi, tengah hari, petang atau malam, ikut mr.hubby camna la, Lin tak kisah, baju2 dah siap dah kemas, tinggal masuk dalam bag aje..janji jangan 'terlepas' itu sudahhhhhhhh! :p
Ye laaaa selagi ada online kat Fb dan juga balas komen kat blog ni..maknanya belum pergi la Lin ni...cuma nak bagitau je dulu adeiiiiiiii 

Image search dari en.google

Plan last minit, kena pulak nak puasa, jadi pertama kali ni menyambut puasa di tempat orang, jauh pulak tu, alaaaa mana2 pun sama juga kan, janji 'niat' puasa tak lupa baca..hehehehehe
Ok lah, jemput2 la datang sini ye masa Lin takde ni, Lin dah sediakan AUTOupdate selama 3 hari buat kowang semua sempena puasa ni, komen aje la, nanti ada free wi-fi ke, Lin balas dan online ok.. :)





P/S: Apa nak GA? Hahahaha takde budget lorrrrrr :p


Spontaneous Thursday #1

Assalamualaikum wbt...

Aku teringin makan STEAK!
Steak kat Bistro Hutan Bandar tu perghhhhhhhh sedapppppppppp!!!!
Cuma rm5 saja..hehehehe jooooooooommmmmm..

Image dari en.google



**Kespontanan Khamis atau Spontaneous Thursday adalah satu hari dimana pegguna internet khusus nye blogger Malaysia utk mnyepontankn sepatah dua ayat bagi entry mereka pd stiap hari khamis.

Rujuk SINI :






P/S: Pagi2 sudah TERklik claim en.nuffnang adeiiiii nyanyuk betul le aku!!! 


Hepi Besday Darling

Assalamualaikum wbt...

Harini hari bahagia buat mr.hubby tercinta, sebab apa? sebab hari ni 28hb Julai hari jadi dia...waaaaa hari ni mesti Lin jeles ni kang, balik kerja bawak hadiah manyak..huwaaaaaa nak tumpang sikit boleh? hahahaha
Kalau dapat minyak wangi boleh tumpang pakai, dapat baju ermm kalau unisex boleh la pinjam pakai, kekekekee :p 
Yang bestnya, harini mr.hubby kata tak payah beli apa2 hadiah untuk dia, nanti mr.hubby balik dia belikan kek..hahaha ni sapa punya besday daaaaaaaa...:p *jimat jimat...
"Hepi besday Yang..moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezki, dilimpahkan rahmat dan hidayah dariNya, juga kekal bahagia dan diberkati dunia akhirat" Aminnnn
Thankx 4 everything..I Love uuuuuuuuu muaaaaaahh ^.^

Image dari en.google

Wo ai ni

I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen

Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah pernah kita
Dah terlalu selesa
Kepimpinan seolah
Semakin hambar
Dari gerak gaya

Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
Wo ai ni

I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen

Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut






P/S: Sapa tau lirik lagu apa ni? cer teka..kalau dapat, nanti Lin bagi kek 2 slices yek..muahahahhahaha


Popular Posts