Followers

Tuesday, February 22, 2011

Sajak orang Tabligh.

Hai semua..

Renung-renungkan dan selamat beramal..*sekadar entry renungan*..
C&P dari Tok Wan(Fb)..


Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
...Nabi dah xde,
kalau kita tak buat, sape pula?,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

Orang Tabligh,
Lari!!Larii!Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit, nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia,
bondong2 org dtg.
 
Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,Nak diajak pd Allah yg satu.
 
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

 
Orang Tabligh,
Kekadang buat silap…adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori,bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

 
Orang Tabligh,
Ada kat mana2,Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2..kluar plak air mata.
 
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
“Kita skang kan di zaman IT”
“Tak main la sunnah2 nih!”
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?Kan diri sendiri..

 
Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,
sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah,
bergurau dgn bini,Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekarangng tak buat jyunbi(persiapan),
bila lagi?
 
Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skarang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni “The Best Ummat”.

 
Orang Tabligh,
“Apsal la ulama India yg jadik ikutan??”
Mmmm…kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

 
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
“I can’t go..sorry!”
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
“Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!”
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon,
jadik lemah seluruh sendi,Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),”
“no prob.,anytime kami ready!
“Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti, Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli….
Ya Allah selamatkan lah kami!

 
kredit: Hamka &Tok Wan(FB)




P/S: Tiada kena mengena dengan yang mati atau yang hidup, sekadar perkongsian bersama...

 

With Love








20hb Feb: Jemputan Maulud Nabi.

Haii semua...

Ahad 20hb Feb, Kumpulan Yassin Al-Wasilah Bukit Indah di tempat Lin dapat jemputan MaulidurRasul di Rumah Pangsa Bukit Indah, tema Hitam Putih, nasib baik awal pagi dalam jam 8am, kalau tengah hari, maunya panas bahang satu badan..
Acara septutnya bermula dalam jam 8am tapi keadaan sedikit kelam kabut jadinya lambat jugak le bermulanya acara. Setelah semua berkumpul, perarakan pun bermula dengan berselawat, berarak sekitar rumah pangsa tu aje bukan le jauh sangat pun.
Majlis di serikan dengan nyanyian Nasyid dari anak didik kumpulan Srikandi, juga bacaan berzanzi dari Kumpulan Al-Wasilah *sampai aku pun terjebak*, dan di akhiri dengan ceramah sempena Maulud Nabi oleh Ustaz jemputan *maaf,lupa daa namanya*.
Jamuan di sediakan di akhir acara, yang bestnya makan nasi minyak berdulang, lama betul tak makan sebegitu, ila dapat makan bersama tu, rasa satu kelainan kan?..


*Lin dan juga Geng Setaman, Yatie, Wana, Midah, Ana dan juga Azie, kami bersama memeriahkan majlis..


*Bacaan berzanzi dari Kumpulan Al-Wasilah  Bukit Indah, Lin cuma sambut dari belakang ajer...:)


*Suasana dari depan yang sempat Lin amik gambar, ramai juga yang hadir...


*Sedapnyaaa..yummy! Masih kekal dalam ingatan waktu sekolah dulu makan berdulang macam ni kan? Bagus di teruskan dari semasa ke semasa...kan kan...
Balik dari maulud dekat jam 12pm, pastu balik masak pastu tido sampai ke petang, malam pegi Mesjid ada latihan Nasyid untuk maulud Nabi, memang agak letih tapi untuk kemeriahan bersama, niat mesti ikhlas..:)...




P/S: Lin juga nak jemput semua ke Majlis Maulud Nabi Mesjid Taman Bukit Indah pada Sabtu 26hb Feb ni Jam 7.30pm, acara perempuan pada petangnya Jam 2pm..jemput beramai-ramai yek...



With Love

19 Feb : Hepi Belated Day Mum.

Haii semua...

'Hepi Belated Day Mak'..
Sampai tak sempat nak buat entry khas untuk Mak haritu dek gara-gara line tenet semput kat rumah, ni pun sekali lagi live Wi-Fi free @Habib..kekekekeke
19 Feb yang lalu adalah hari jadi Mak, jadi Lin dan family juga adik-adik ke rumah Mak malam tu, pakat ramai-ramai bawak kek sorang satu sekilo, Lin macam biasa order di Sweet Ummi Bakery ler, mintak Eyna buatkan kek Moist Kek sepenuhnya, sebab Mak memang suka kek coklat.
Lepas magrib Lin keluar pegi cari hadiah Mak, pening gak nak beli hadiah apa, tapi lastly hubby kata belikan Mak baju jubah aje, Mak suka pakai jubah. Lin ke Giant Xtra Taman Suria aje, dapat gak cari apa yang di cari, memang sesuai dengan Mak, thankx hubby sebab sponsor.hehehehehe
Sampai rumah Mak, adik Lin semua dah ada, kecuali yang no-3 tu, ermm ntah le tak tahu kenapa dia tak datang 'no komen'..


*Kek khas untuk Mak, sepenuhnya kek moist coklat..sedapppp...thankx Eyna.


*Seisi memotong kek, yang cucu-cucu semua dah tak sabar dok menunggu atoknya potong kek dengan pinggan, hehehehe


*Lin dan Mak..
'Hepi besday Mak, Dolly doakan semua Mak di panjangkan umur, di berikan kesihatan yang baik, di murahklan rezki dan di limpahkan rahmat dan hidayah buat Mak, di tabahkan hati dan di berikan kekuatan melalui liku-liku dan dugaan hidup tanpa Abah di sisi'..
"Kami SAYANG Mak"...



P/S: Pesanan buat Mak: 'Mak jangan bersedih'...


With Love

Monday, February 21, 2011

'Sini Ada Hantu'..Hampehh!

Haii semua..

Lagi entry cerita basi..hehehe aku punya suka lahhhhhhhh...!
Kowang dah tengok ke cite ni? Sini Ada Hantu..? tapi takde hantu seram mana pung, setakat tutup mata aje nengok tu, tak tersentap pun, hahahahahaha..iyeeeeeee...
Sebenarnya tak plan pun nak nengok wayang ni, last minit plan, habis je dari karok tu, terus Lin ajak diaorang nengok wayang, tapi anak-anak Lin hantar balik rumah dulu, sebab esoknya pegi 1 kete jek, macam biasa le ikan sardin dalam tin..hehehehehe tapi oke le, jimat masa dan jimat ruang parking..hehehehe
Kebetulan ciote ni baru je main panggung, nak taknak try le nengok, mula-mula excited, bila dah mula tu,ermmm apa punya cite le, cerita dalam cerita, masing-masing semua mengeluh..hahahaha padan muka! layan bantal pun best kan...
Tapi bila dah part tengah tu, kelakar la pulak, time tu gelak habis gak panggung, *nasib aku tak kena cubit dengan Linda,sebab duduk sebelah dia*..kekekekeke.
Bab akhir ending tu pun best, kelako budak 2orang tu, Ah Meng dengan Bakri..hahahahaha lawak betul-betul spontan diaorang buat, Lin rasa bagusnya si Ah Meng tu jadi HANTU!!..hahahahaha
Apa-apa pun kalau kowang nak tau, kena le tengok sendiri atau beli DVD nya oke..malass mau cerita panjang-panjang ler....:p



*Ini lah dia duta TGV setiap tayangan baru di siarkan..hahahahaha


SINOPSIS SINI ADA HANTU


Sini Ada Hantu bermula apabila dua orang pemandu van, Ah Meng dan Bakri yang telah ditugaskan pada saat akhir menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung dimana mereka perlu sampai ke destinasi keesokan paginya. Pada mulanya mereka menolak tapi apabila ditawarkan dengan upah yang lumayan mereke bersetuju.
Semasa dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi bagi menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk, mereka berdua bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar. Bakri memulakan kisahnya ‘Hantu Pokok Pisang’… kisah wanita cantik yang menjelma dari pokok pisang.
Ah Meng mentertawakan Bakri dan mengatakan hantu melayu tak logik , Ah Meng mula menceritakan kehebatan hantu Cina pula ‘Hantu Nombor Ekor’ Kisah empat lelaki yang mengalami masalah kewangan lalu memuja roh untuk memberikan pertolongan dengan memberi nombor ekor.
Apabila Ah Meng habis bercerita, Bakri memberitahu Ah Meng cerita hantu cina lagi tak logik. Bakri memberitahu Ah Meng yang dia mempunyai cerita lain, tapi kali ini cerita ini mengisahkan hantu dari luar negera.

Ah Meng mula bercerita tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kemudian mendapati mereka semua takut pergi ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Jelmaan hantu Jepun sering berkeliaran pada waktu malam.
Ketika Ah Meng ingin menceritakan kisah hantu yang lain, van mereka yang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita itu tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, sesuatu telah berlaku…
Apa yang terjadi pada Ah Meng dan Bakri?Berjayakah mereka menyelesaikan tugas mereka? Apa yang telah berlaku?


*Apa telah berlaku?? Mereka ini telah jadi 'Hantu KARI'...hahahahahahahahaha...

Esoknya pagi-pagi lagi dh keluar hantar Retna dengan Shai balik, Retna naik flight tapi Shai naik bas kat Terminal Larkin. Masa sekejap sangat berlalu, ntah bila nak berjumpa lagi.
Ada jodoh di panjangkan umur, kita berjumpa lagi yek..Terima kasih buat semua kerana menceriakan hari-hari ku bersama.. Luv u all...




P/S: Hilang segala rindu..moga persahabatan kekal hingga ke akhir hayat..Aminnn..


With Love

Jom Karok dan menGaruk.

Haii semua..

Miss u miss u all...
Lamanya blog aku ni tak berupdate kan? ermm faham-faham aje la, line berukband ni slow macam siput sedut berjalan, rasanya kalau makan siput sedut 5kg pun laju ko..huhuhuhu
Ni pun curi masa ke kedai mamak nak update blog, mana lagi kalau bukan kat Habib, hehehehe free wi-fi tenet le sampai lebam sebelum anak Lin,Naz nak gi tuisyen..
Berbalik sambungan cerita album 'Serasi bersama' Geng Kamie entry yang lepas, setelah puas berbowling longkang, esoknya Lin keluar ke Sutera Mall, agenda yang wajib, macam biasa, kitaorang berkarok sampai lebam, cuma kali ni tak le sampai ke tengah malam, kitaorang sampai awal, amik cuma 2jam tapi free 1jam so dapat le 3jam.


*Posing dan posing..Cuba kowang cari persamaan di dalam gambar ni..hehehe Aku & Ako.. :)


*Si bujang dan si jejaka teruna idaman Malaya...ermmm sapa la yang 'laku' dulu nie...hahahaha


*Ermmm Retna masa ni nyanyi lagu apa ek? lupa daaaa...Penuh semangat dan feeling ko..


*Pok cik ni kita dah habis nyanyi 3-4 lagu, tapi dia masih tak jumpa jugak lagu 'Ada apa dengan mu'..hahahaha
Yang poenting kitaorang enjoy dan hepi bersama, rasanya kali ni karok paling best! semua enjoy nyanyi...kan kan kan?...


*Bersambung*



P/S: Ada lagi tu, belum habis, nak tau apa pulak xtvt kitaorang lepas tu..tungguuuuuuuuuu..hahahahahaha


With Love

Wednesday, February 16, 2011

xtvt 'melongkang' a.k.a Bowling.

Assalamualaikum...

Tarikh: 12hb Feb..Hari Sabtu.
Hari yang di tunggu telah tiba, sekali lagi dan berkali-kali Geng KAMIE datang berkunjung ke rumah Lin tanpa serik, dengan hati yang ikhlas dan pintu terbuka Lin sedia menerima kunjungan dari Retna dan juga Shai, kira agak lama jugak kita tak berkumpul kan..? 
Tapi Jumaat malam Sabtu tu,Shai dah sampai dulu, dia naik bas, macam biasa Lin amik dia kat Pekan Rabu. Pagi esoknya baru Lin ke Airport Senai amik Retna pulak, awal-awal pagi lagi Lin dah keluar, terus sms Kasawari ajak bersarapan bersama nanti, nasib tak terus terjah rumah dia, rupanya tengah syok tido..kekekekeke. 


*Shai dengan penuh sabar menunggu kekasih hati Retna menjelma didepan mata..hehehe


*Ni salah satu menu tengahari yang sempat Lin sajikan untuk mereka, Lin masak urap sayur beremi, sotong masak hitam, dan juga sayur kangkung, alhamdulilah kenyang jugak.


*Lepas makan, kitaorang plan nak main bowling kat Angsana Bowl, ajak sekali Kasawari and Family, sekali semangat tu macam pro je nak main tu, ye la dah lama sehh tak 'melongkang' ni...huhuhuhu


*Asalnya bayar untuk 8orang tapi hubby tak nak main, jadi kasut tinggal 7 aje ler..bila turn hubby punya, masing-masing sibuk nak test power balingan..hahahahahaha


*Yang ni bakal penganti Sahlin..hahahaha tapi ukur panjang longkang jek..kekekeke


*Pemain-pemain profesional beraksi..kekekeke yang mencangkung tu le JUARA longkangnya..kakakakah


*Posing istimewa dari pemain bowling import dari Bukit Indah..kekekekekekekekeke...
Kowang jangan banyak komen oke, ni baru intro jek, baru mula belajar dan berjinak, kang kalau dah selalu layan skill dia, haaa time tu kita lihat siapa juara longkangnya..hahahahhahaa..

*Bersambung*




P/S: Trajedi pecah rekod bowling aku kat sana tu, hahahaha apa dia?? Rahsia!! kekekekeke



With Love

Tuesday, February 15, 2011

Salam MaulidurRasul..

Hai semua...

Junjungan Mulia.
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia


"Tidak beriman seseorang kamu kecuali aku lebih dicintai daripada kedua ibu bapanya, anak dan manusia keseluruhannya". ~ Nabi Muhammad SAW
Salam Maulidur Rasul to all my muslim readers and friends. May we all have a blessed Maulidur Rasul!

The teaching of the Prophet (SAW) embeds in our hearts love, forgiveness and tolerance; and embellishes our souls with excellence of conduct. The Prophet (SAW) said: “You do not touch people with your money but with your welcoming face and behaviour”.
We all love our Prophet (peace and blessings be upon him). Through his excellent morals and conduct, he earned the love of everyone.




P/S: Moga hari yang penuh keberkatan ini kita sama-sama mendapat hidayah dan rahmat juga keinsafan dari yang maha Esa...


With Love

Monday, February 14, 2011

14.2.2011...Monday Blues..

Haii semua...

Opsss sori..tuan rumah blog sibuk sikit 2-3 harini, ada tetamu iatimewa jauh datang bertandang..
Insya'allah nanti selepas semua selesai dan ada masa terluang, Lin akan cerita dan update detik-detik manis bersama tetamu istimewa Lin dengan kowang semua yek..tunggu oke..:)
Sambil tu, jom layan info khas untuk Valentine's Day 14.2 ni, yang Lin petik dari Tok Wan.
Renung-renungkan dan selamat beramal...:)



Merayakan Velentine Days berarti menjadikan hari itu sebagai hari raya. Padahal seseorang dalam menetapkan suatu hari sebagai hari raya, ia memerlukan dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah. Karena menetapkan hari raya yang tidak ada dalilnya merupakan perkara baru yang tercela.
 
Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
“Siapa saja yang mengada-adakan dalam urusan (agama) kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka itu tertolak” [HR. Al-Bukhariy dalam Shahih -nya (2697)dan Muslim dalam Shahih -nya (1718)]

 

Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada tuntunannya dari kami, maka amalan tersebut tertolak”. [HR. Muslim dalam Shahih -nya (1718)]




P/S: Bagi aku..hari-hari adalah hari berkasih sayang antara aku dan mr.hubby...ermmm bila-bila mau, peluk,cium, belai dan bagi hadiah aje, tak payah nak tunggu 14.2 nie...hehehehehe :p


With Love

Thursday, February 10, 2011

Amalan DIET yang sihat.

Haii semua..

Mungkin waktu entri ni keluar, tuan tanah blog ni dah start berdengkur agaknya, hahaha :in buat 'autoupdate' untuk petang ni..
Aduhhh bila jalan kelengkang dah mula bergesel tu, itu tandanya badan dah mula naik le nie, arghhh kejap naik kejap turun, kejap turun, tapi bila naik tu lagi le cepat..tak sukanyaaaaaa!
Takpe, perlahan-lahan oke, macam tak biasa aje la Puan Marlin ni, hahahahahaha
Sapa mau diet? Jom amalkan diet sihat bersama Tok Wan kita..:) 
Info dari Tok Wan..gambar dari en.Google ler...:p



Remaja dikhuatiri terikut-ikut rejim diet yang ketat sehingga mengakibatkan penyakit yang lebih buruk.
Masalah berat badan sering menyebabkan remaja kurang berkeyakinan dan berasa rendah diri. Keinginan untuk tampil cantik dan bergaya pasti diidamkan oleh semua anak muda.

Namun ramai remaja tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk berdiet dan mengawal pemakanan mereka. Lebih menyedihkan mereka mengambil jalan singkat dengan memilih pil diet yang mampu menjejaskan kesihatan.
Ada juga remaja yang terikut-ikut rejim diet yang ketat sehingga mengakibatkan mereka mengalami penyakit seperti anoreksia dan bulimia.

Cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan gabungan penjagaan pemakanan dan juga senaman yang teratur.
Bagi mereka yang ingin mengurangkan kilogram pada berat, GenK sediakan beberapa tip khas untuk remaja. Selamat mencuba!

Minum banyak air

Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Bawalah bekal air masak anda sendiri setiap kali pergi ke sekolah atau pun bersiar-siar.

Diet buah-buahan dan sayuran

Makan banyak buah-buahan dan biasakan memilih sayuran sebagai salah satu lauk dalam hidangan setiap kali makan. Jadikan ia hidangan wajib setiap hari.

Lebihkan pengambilan bijirin

Bijirin penuh amat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi gentian, vitamin B, zat besi, mineral, vitamin B, E dan nutrien fito. Pengambilan sarapan seperti bijirin amat baik untuk pelajar sekolah dalam meningkatkan daya kecerdasan minda.

Tentukan tahap kelaparan

Sebelum membuat keputusan untuk makan, tentukan sama ada anda benar-benar lapar atau hanya sekadar memenuhi permintaan rakan untuk menemaninya makan bersama. Ia akan menyebabkan anda mengambil makanan melebihi daripada keperluan.

Kurangkan minuman bersoda

Remaja sememangnya menggemari minuman bersoda. Tahukah anda setin minuman soda mengandungi lapan sudu teh gula iaitu melebihi keperluan pengambilan gula sehari bagi wanita iaitu enam sudu teh bersamaan 100 kalori atau sembilan sudu teh gula bagi lelaki bersamaan 150 kalori.

Menimbang berat setiap minggu

Dengan menimbang berat setiap minggu anda akan tahu perkembangan berat anda. Ia membantu dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

Kawal pengambilan makanan

Setiap kali waktu makan, cuba kurangkan pengambilan makanan seperti biasa. Mungkin ia agak sukar pada permulaan namun lama kelamaan anda akan biasa dengan jumlah pengambilan makanan tersebut. Jika anda merasakan ia tidak mencukupi, tambahkan dengan buah-buahan.

Prihatin dengan makanan

Luangkan sedikit masa untuk mengira jumlah kalori yang diambil pada setiap hidangan. Anda boleh layari Internet dan mendapatkan informasi mengenai jumlah kalori terhadap makanan di Malaysia. Ini boleh mengelakkan anda daripada mengikuti diet yang salah. Sebagai contoh, ramai mengelak untuk mengambil nasi dan menggantikan dengan roti putih. Tahukah anda kalori empat keping roti putih bersamaan dengan sepinggan nasi.

Elakkan makan malam

Elakkan makan selepas pukul 8 malam. Sekiranya anda lapar, makanlah biskut dengan air panas seperti air coklat. Jadilah lebih prihatin dengan apa yang anda makan dan pilihlah makanan yang sesuai.

Jangan biarkan diri kelaparan

Menahan lapar bukanlah sesuatu yang bagus untuk menurunkan berat badan. Tahukah anda menahan kelaparan boleh mengakibatkan tahap metabolisme badan anda rendah dan ini akan melambatkan proses pembakaran lemak?

Bersenam

Perkara yang paling penting dalam menurunkan berat badan adalah dengan bersenam. Bersenam boleh membakar setiap kalori makanan yang diambil. Pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman ringkas. Elakkan menggunakan lif sebaliknya gunakan tangga. Jika hendak ke kedai naiklah basikal atau berjalan kaki.



P/S: Jadi...apalagi? kalau petua diet ni dah keluar kat sini, maknanya tuan rumah ni dh mula lah berdiet ok..! huhuhuhu


With Love

CNY @MIL house,Sabak Bernam.

Hai semua...

Update update lagi dan lagi..hehehehe, selagi tak habis ceritanya selagi tu le aku update terus menerus..:p
Tujuan sebenarnya Lin ke KL CNY tu sebab pertama nak beraya CNY dengan Pak Cik Lin di sana, dan tujuan keduanya nak bawak anak-anak berjalan cuti panjang, dan sebab utamanya nak balik kampung tengok Mertua Lin di Sabak Bernam..:)
Alhamdulilah, sampai di rumah mertua tu, lihat dia dalam keadaan sihat walafiat, sakit sikit-sikit tu adat le, dah tua kan, tapi boleh berjalan perlahan dan selera makan pun ada, moga kesihatannya berpanjangan dan di panjangkan usianya lagi..Aminn
Waktu Lin bertolak ke Sabak tu, cuaca mak uiii, panas terik betul, dah tahap kepanasan maksimum masuk oven rasanya, tak nampak yang cuaca nak hujan ke, sungguh terang cerah langit di awan tu..phewwwww


*4hb Feb, Hari Jumaat, jadinya kena le berhenti singgah di Mesjid berdekatan untuk kaum lelaki menunaikan kewajipannya dulu, Solat Jumaat. Yang Lin dengan Mak, anak-anak juga anak saudara hubby,Ros tu, kena le cari tempat lepak sekejap sementara menunggu solat Jumaat selesai, sambil makan goreng pisang..hehehe


*Mesjid yang kita lalu yang hampir dekat iailah Mesjid Kapar, ramai betul owang solat Jumaat di situ, penuh parking tepi jalan semua, nasib juga kitaorang awal sikit, kalau tak payah gak nak park kereta.


*Selesai solat Jumaat, terus menuju ke Sabak, kali ni anak saudara hubby bawak ikut lalu jalan Tanjung Malim, jadi dapat le lalu betul-betul depan rumah kakak hubby yang duk kat Parit Empat tu *gambar atas*, rumahnya betul-betul di tengah-tengah sawah padi, tapi di sebabkan mereka sekeluarga tiada kat rumah, tak dapat le singgah.


*Sampai je rumah mertua, merka dah siap sedia kan hidangan kitaorang semua, padahal kitaorang baru je lepas makan, singgah kat Pekan Sabak tadi, huhuhu. Mee Hoon TomYam & cekodok pisang, juga jagung dan rambutan yang fresh lagi baru petik kat kebun belakang rumah..


*Habis makan, aku masuk kebun jap, hehehe, nak kutip petola kering. Oo kowang tak tau ke, kalau amik petola kering ni, pastu kopek, isi sabut dalamnya tu, boleh kita buat berus badan or berus cuci pinggan mangkuk, lagi real punya, sedap kalau di buatnya sental kaki..:)..
Tapiiiiiiiiiiiii tertinggall!!!! arghhhh..


*Mr.hubby dengan Amat dah masuk kebun dalam tu, gi petik buah manggis dan rambutan, errr Lin tak sanggup la, sebab banyak nyamuk, tak tahan kena gigit, sakit pastu gatalnya mengenyammmm...


*Malamnya pulak di hidangkannya dengan menu lauk kampung, perghhh menjilat jari le, pucuk ubi celur sambal asam, ikan sepat & puyu goreng, ayam masak papprik, ikan masin sepat, sambal getuk dan sayur kacang panjang goreng *fresh baru petik*.


*Yang ni le mertua Lin, dah nampak uzur tua, tapi masih kuat lagi, cakap pun masih boleh faham cuma kejawaan sikit le, telinga pun masih boleh dengar lagi bila kita bercakap, cuma sakit tu ada masa je la...
Mudah-mudahan mertua Lin sihat selamanya selagi dengan izinNYA...:)
Dah kenyang, puass berborak, apalagi tido le. Malam tu tido aku, aduhh diganggu!!! sapa lagi bapak mak anak datuk nenek nyamuk je ler...abis berbintat-bintat badan aku..arghhhhhhh




P/S: Kalau le di bagi seminggu duduk kampung tu, rasanya bengkak satu badan aku kena gigit dek nyamuk..huhuhu siyesss bukan nak eksen tapi memang betul banyak nyamuk...huhuhuhu. Kalau balik lagi kena bawak AUTAN, krim pencegah nyamuk..!



With Love

Wednesday, February 09, 2011

CNY @i-City,Shah Alam.

Haii semua...

Panaskan cuaca? Kat JB ni dah sampai tahap 35'c kepanasannya..uiii mau rentung kulit dibuatnya...
Berbalik cerita CNY Lin dan family, kitaorang memang tak rancang nak pergi i-City ni, tapi dek sebab asyik ternampak je di tepi highway menuju ke Klang rumah anak saudara hubby tu, apalagi mulalah teruja nak melihat apa yang menarik di sana. Lin pun mula nampak dan tahu i-City ni dari blog seorang kawan. Bila sendiri dah ke sana, fuhh memang cantik sangat lampu-lampu yang berkelipan di seluruh i-City tu. Tu semua LED Digital Lights, sungguh cantik terpegun melihat keindahan lampu-lampu tu semua..Haa kowang bila lagi? jomm ke sana, Lin pun ada rezki nak ke sana lagi, memang tak puas berjalan kat sana haritu, sebab mak dah letih berjalan...huhuhuhu


*Sekali masuk 1 kereta per-entry rm10..jadi kalau datang tu bawak le family kasi penuh kereta, jadi tak rugi wooo..:) *sesuai juga untuk berdating tempat tu, romantikk gitu..:p


*Inilah aksi pertama yang di lihat, Amat bukan main suka lagi, memang cantik sangat-sangat semua lampu-lampu di sana..


*Naz, Yana dan anak saudara hubby,Najwa, siap nak beli lagi scarf yang lip lap lip lap tu..cantikkk :)


*Aku & Ros, tak lepaskan peluang untuk bergambar, sekali lihat dan macam kat ChinaTown pun ada kan??...


*Hahaha tang ni yang lawak, hubby dan Amat, bukan main lagi siap beli topi dan cermin mata kat kedai Kelip-Kelip tu, macam-macam ada, rambang bijik mata nak memilihnya..:)


*Cantikkan, merak kayangan, sungguh kreatif ciptaan manusia..:)


*Yang ni di padang besar, lagi banyak lampu di sana dapat di lihat, segala apa yang ada di sana semua di hiasi dengan lampu-lampu...memang cantik..!


*Kalau 1st time datang macam aku ni, memang sangat-sangat teruja le melihat keindahan walaupun sekadar lampu sahaja, tapi seni kreatif manusia menciptanya yang membuat kita terpegun melihatnya..:)


*Yang paling menarik sekali, Lin suka kat anjung pentas nie, lampu dia akan bertukar warna dalam beberapa minit, ada purple, merah, biru, hijau, kuning, putih dan oren..memang cantik sangat-sangat...




P/S: Tak payah nak ke luar negeri nak cari nak tengok lampu macam ni, kat Malaysia pun apa kurangnya...:)


With Love

Popular Posts