Followers

Sunday, January 30, 2011

Sahabat Blogger Ben Ashaari.

Salam semua..

Harini punya cerita kat blog dah macam hujan yang turun tak henti-henti...Sana sini aku BW bukak blog dan FB semua dok cite pasal gathering Sahabat Blogger (SB) tu kat Time Square, aku jauh kat JB, payah le nak sampai, tapi walaupun tak dapat pergi dan nak bersalaman dengan jejaka (L) dan jejaki (P) semua di sana, lebih-lebih lagi nak jumpa Abg Ben Ashaari tu, at least aku ada juga pengubat keJELESan ku itu..hahahaha
Tadi aku ke Giant singgah pi kedai majalah cari itu majalah RAPI, katanya ada cerita dan aksi Ben Ashaari untuk dikongsi bersama,hehehe



*Ni dia, dapat jugak aku dapatkan majalah RAPI bulan FEB ni, bukan kata pasal Ben tu aku nak beli, ee tak kowser (cover line) tapi sedikit sebanyak pun, banyak juga cerita lain dan tip yang boleh di kongsi bersama..kakakakah .. :)


*Elehhh aku pun ada gak gambo dengan dia, tapi yang ni kowang jangan terkejut, bukan gambo gath SB tadi, tapi gambo dh 2 bulan lepas waktu aku ke KL, kebetulan terserempak dengannya, mana-mana dia pergi mesti dengan BINI no-2 dia (laptop dia)..hahahahahaha

B : Besar owangnya...
E : Ego? Aku rasa tidak..
N : Nampak je sombong tapi peramah.

A : Apa yang di tulis mesti dapat perhatian, owang komen pun banyak.
S : Sikap ramahnya di sukai ramai pompuan..lelaki pun ada jugak.
H : Hidup sehariannya? aku nampak asyik dengan menulis dan membebel..
A: Aksi dia? bikin mata-mata anak dara tangkap kejung lutut..
A : Adik kembar kepada blog Cik mat Gebu, cuma tak serupa muka dan badannya aje, yang sama rating pengunjung blognya je....kekekeke
R : Ramai yang irihati dan cemburu dengannya..ermm kenapa yek??
I : Ingin nak ngurat dia? Sori dia dah beristeri, jadi adik angkat ke abang angkat ke boleh le..!ha ha ha..:p

*Ben..ko jangan marah, kang ko jadi HULK takut aku!..hahahahaaaaaaaaaaaaa



P/S: Memang ramah giler owangnya, tak caya? Ada aku kesah..! ha ha ha ha



With Love

Hujan oh hujan..

Salam semua...

Alhamdulilah..itu aje la yang boleh di katakan sepanjang hujan ni, mengeluh tak boleh, nak merungut pun, nak buat camne kan?...hujan rahmat mungkin..
Sana sini utara selatan timur dan barat hujan barangkali yek?. Dah 2 hari berterusan hujan sana sini, nak kemana dan buat xtvt di luar pun susah, yang boleh makan tido aje di rumah..hahahahahaha.
Tapi hubby Lin pagi-pagi dah keluar pi memancing, hujan pun redah juga, katanya hujan-hujan ni ikan lapo..kekeke. Jadi Lin dengan anak-anak duduk rumah aje, buat le apa yang patut, lagipun anak Lin,Naz tuisyen harini dari jam 9.30am-2pm, so petang balik amik Naz tadi baru Lin keluar ke Giant membeli belah barang-barang dapur, tapi yang banyaknya dibeli jajan aje, hehehehe.
Tadi dok belek-belek sabun kat Giant, saja pulak mengatal try beli sabun yang lain, hehehe salah satu sebab sekali nak membelinya, bila pegang je sabun tu, wanginya bau, dari luar plastik dah ada bau wanginya, ermm DAIA Expert, hehehe ntah apa yang expertnya ntah, janji basuh sidai bersih dan tak berbau, dah le hujan, sidai tak kering-kering, tempat nak menyidai pun dh FULL..aiyoooooo..


*Ni dia DAIA expert..'Pakar sebenar untuk pengeringan tempat teduh' kakakakaah. Macam-macam aje ler..


*Lihat itu, dah 2 hari tak kering-kering baju tu, yang dalam bakul pun dah selonggok, nasib juga esok dah tak sekolah, kalau tidak, mau tak kering le baju sekolah dan kasut anak-anak..
Memang dah FULL sudah, belum lagi aku tunjuk ampai sebelah dinding pulak, berderet-deret juga baju berhanger..huhuhuhu...aduhhhh
*Bagusnya sejuk-sejuk ni, anak-anak bangun gosok gigi aje, tak payah mandi, jimat sikit nak cuci baju yek..hahahahahaa




P/S: Harap-harap esok panas la walaupun sekejap...:). Kesian sana sini air dah mula naik, pastu mesti banjir, dah le nak dekat CNY nie..ermmmm


With Love

Ingatkan bagus kacang soya ni, rupanya...

Salam semua...

Aku nak kongsi info dan artikel dari seorang sahabat, mana lagi kalau bukan Tok Wan aku di FB tu, ermmm 'Soya dan Susu Soya' serupa tapi berbeza rupanya..
Semua fikir kacang soya bagus untuk kesihatan, lebih-lebih lagi bagi ibu mengandung dan kanak-kanak, tapiiiiiiiiiiiiiiiiii ____________________?????
Kowang baca la ye, renung-renungkan dan selamat memikirkan..:)


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.
Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
-Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

-Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

-Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.


Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).


FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)


Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)


Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.


Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.


FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT


Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji





P/S: Ermmm dulu aku selalu minum soya waktu mengandungkan Amat..nasib tidak ada apa yang berlaku..alhamdulilah..Fakta atau Auta?????...



With Love

Saturday, January 29, 2011

Sesuai ke? ermmm

Salam semua...

Jangan gelakkkk...huahuahuahuahua..tak pasal-pasal tuan tanah kasi masuk muka sendiri di petang-petang hari, malu ahhhhhh...:p
Ada nampak lain tak? arghh bukan itu badan le..itu muka daaa..rasanya sapa yang kenal aku, belum pernah nampak aku pakai shawl or selendang ala-ala Yuna nie..ni baru 1st time aku sarung kat kepala tu..hahahahah nampak molat..! agaknya kalau tudung syria? oh tidakkk!...
Memang tak sesuai tapi Midah kata cantik..iyeee ke??? hahahaha owangnya la yang cantik, tudung tu tak cantik..kakakakakakah sengalllllllll!
Gambo ni aku amik tadi tengah hari, wajah baru ni, ada gumuk sikit muka tu, mana tak start naik sekolah tu, makan tido makan tido..hujan pulak tu, best woooooooo..hahahahahah


Ada sesuai ke muka aku pakai shawl tu? bulat je nengok kan? ermmmm
Peningg kepala aku, Midah, Wana dan Ana, yang masing-masing tengah sibuk mencari idea dan imej yang nak di pakai Selasa nanti, tak kesah le kowang kata jakun ke, 'kuno' ke, yang penting jujur aku nak cakap, baru ni la 1st time aku dan kawan-kawan sebagai surirumah nak pegi ke majlis Hi-Tea di Hotel yang akan di hadiri oleh tetamu kehormat VVIP....fuhhh pening nak cari imej yang tak lari dari  konsep..ermmmm
Yang penting tutup aurat dan selsa di badan sendiri,,kan kan??
Dalam kepala dah ada apa yang nak di pakai dan akan di pakai, cuma sesuai ke? oke ke? arghh takpe le, kowang tunggu aje le nanti..hahahaha jeng jeng jeng....:p




P/S: Simple tapi glamz..muahahahah tak sabo rasanya mau pegi..lalalalalaallaa


With Love

Friday, January 28, 2011

Sori..Busy ok...!


Salam semua...

Waduh-waduh hampir lupa password mau bukak ini blog..hahahahaha
I miss my blog..diam-diam tak bukak blog ada juga yang naik follow blog aku yek, ramai juga yang sudi datang baca blog aku, terima kasih buat semua, apa aja la yang bestnya blog aku ni kan, sekadar cerita-cerita yang macam lawak bodoh tapi tak kelakar pong..hehehehehe
Opsss sekali lihat kan, diam-diam wahhh dah ramai juga yang aktifkan balik blog mereka yek, ada 2-3orang kawan aku yang dulunya 'tutup' blog, tapi dek gara-gara 'Sahabat Blogger' tu, terus dan aktifkan balik blog mereka..bagusssss semoga maju jaya ye..
Bagi aku, ada update ke takde update ke, rasanya ikut suka tuan punya rumah la ye, aku terus terang cakap, nak update sehari sampai 3-4 kali tu mustahil le, nak mengarang cerita panjang-panjang tu memang takde masa, untuk tahun ni, kerja-kerja dan masa banyak tertumpu pada anak-anak dan kerja rumah saja, jadi blog sedikit sebanyak terabai.
Lain le kalau yang berkerja, ada juga nak curi masa berblog walking dan update, bila time rest tak ingat nak lipat baju ke, cuci kain ke, masak ke, mop dan sapu lantai, just keluar makan pastu sambung kerja, tapi kalau surirumah ni, bila masa yang ada free tu le nak siapkan semua kerja, ada masa sikit, time tu le nak duduk berFB dan main game kejap..ermmmm..apalagi kalau nak buat contest dan menjawab tag tu, aduhh ikut keadaan dan masa terluang aje la...
Oklah kang ada juga kena tempias dek sebab entri aku ni..kekekeke. Takpe, buat masa ni selagi ada kemampuan dan masa terluang, aku akan pastikan update blog aku, itupun kalau line macam kuda, kalau macam siput??? lu fikir le sendiri..!!!




P/S: Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di pagi hari..aduhh kain baju banyak mau cuci ni..huhuhu



With Love

Saturday, January 22, 2011

謝謝芋頭葉

Salam semua...

謝謝芋頭葉 
Maksudnya 'Terima kasih daun keladi'..hehehehe
Alaaa sesekali nak tulis cina tu pun kowang nak gelak..apadaaaa...
Ye terima kasih kat jiran depan rumah aku ni, tiap-tiap tahun mesti dia hantar sekotak limau dan sebekas kuih/biskut, tak kisah le kuih apa, yang penting ingatan dan ikhlas tu yang ada..
Dok tengah baru nak sidai'sotong kering'..dengar owang panggil..'Lin o Lin'..hehehehe..rupanya Chris jiran depan datang bawak kotak limau...tq tq tq
Sama juga bila tiba raya puasa, aku bagi gak kat dia kuih tradisional dan juga 1 tiffin mangkuk tingkat lauk pauk di pagi hari, adat berjiran kena le sepakat baru dapat berkat..betul tak??


*Mau ka?? aiyakk beli sendili maaa....:p kekekeke..
Habis jugak dekat 4 bijik sekali aku bedal sambil tengok cite 'Ngangkung' tadi...kekeke mau cirit jugak ni kang..(lawas) hahahahaha


*Biskut pun ada, walaupun beli kat pasaraya tapi kalau dah bagi free sedap aja kan...tapi memang sedap la, siyes nie..dah habis separuh dah tu aku dengan hubby bedal..kakakakakah...




P/S: Tu baru sekotak..tunggu hubby bawak balik dan jiran yang lain pulak bagi..kalau dah banyak sangat esok-esok, aku jual 3 bijik rm5..hahahahaha ada yang mau ka????....lalalalalala



With Love

Friday, January 21, 2011

Sup sayur + Nasi.

Salam semua...

Malam-malam camni perut lapar je le, ada kencing tawar ke aku??/ huhuhu
Kebetulan harini masak sup sayur campak-campak, tapi sopan santun je aku campak, menjadi pulak supnya..hahahahha
Sup sayur kobis + hotdog + fishball + lobak merah + isi ketam + cendawan...ntah mana ntah cendawan tak nampak, dok tenggelam dalam magkuk tu kot, pastu + pulak dengan rangka ayam..ermmmm sesuwai le dengan cuaca panas kat JB nie..:)
Yang bestnya bila makan lunch tadi, aku amik mangkuk, masuk nasi sesenduk, pastu curah sup dalam mangkuk nasi, wah dah ala-ala bubur cina pulak gayanya, aroma bawang goreng + daun sup, buat aku hirup tak toleh kanan kiri..kakakakah..
Sambil aku melayan kowang kat Sahabat Bloggr ni, sekali ngap sesudu masuk mulut, lama-lama dah licin semangkuk..kekekeke aku jugak yang kenyangggg!lalalalalalalalal


*Ni le rupanya lunch aku tadi, sungguh berdiet menu tu kan..kekekekeke dah jadi 'Sup sayur Nasi'..kekekeke


*Yang ni baru je aku habis meratah, habis semangkuk aku makan sambil layan kebun FV aku dan Sahabat Blogger tu..kekekekeke



P/S: memang juling bijik mata aku dok melekat melayan komen kat Sahabat blogger tu kat FB...tak pasal-pasal kang ada tak update blog aku...huhuhuhu


With Love

Biarlah kesudahan kita dan dia di Syurga.

Salam semua...

Syhhh diam..! Jangan pelik jangan buat muka, Duduk diam-diam baca. Jangan banyak tanya, aku tengah mood update ni aku update, kang dah takde idea dan mood, kowang tanya pulak bila mau update..aiyakkkkkkkkkk..:p


Ramai manusia diserang masalah berkaitan hati, cinta yang diraih seringkali gagal. Kadang-kadang kita juga sering salahkan takdir, sedangkan kita sebenarnya gagal menempatkan hati pada langkah pertama lagi.
Mengalami masalah hati dan jiwa setiap hari, tapi tidak jumpa solusi yang pasti, selalu membuat kesimpulan gunakan hati (nafsu), bukan berdasarkan al-Quran dan al-Hadith. Semua insan di dunia inginkan kesenangan dan kebahagiaan.
Justeru, kekadang bila kita melalui hari dengan mudah pada satu-satu hari, rasa bersyukur teramat sangat. Manakan tidak, setiap hari sebelum memulakan hari baru, kita (niat) sentiasa berdoa demi kebaikan sepanjang hari pada hari tersebut, bermula pada langkah pertama.
Kekadang kita terlalu takut jika Allah Taala tidak menyayangi kita, bila mana kita tidak ditimpakan ujian walau sebutir zarah pada hari-hari yang kita hadapi. Ujian ini, bukan untuk menakutkan diri, tapi mencari hikmah yang tersembunyi.
Berterima kasihlah kepada Allah Taala kerana masih ditarbiah hati ini.
Cinta melulu hanyalah cinta buat orang yang lemah imannya. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini. Terlalu sayang, sayang hingga bisu untuk menegur kesalahan. Sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata, tetapi pura-pura buat buta. Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta, gelap gelita.
Ya, bila ujian Allah Taala datang mendidik diri, baru sedar, baru terngadah. Tapi syukur Allah Taala datangkan jua rasa redha di hati ini. Mujurlah jua Allah Taala tunjukkan jalan mengajar hati redha, terima hakikat.
Allah Taala berfirman;
Bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)" asy-Syam (91:9-10)
Pasti kalian pernah merasai saat genting ini. Ada yang selepas berumahtangga, pengamalan agama dianggap enteng.
Jika dahulu impian ingin membina bait-muslim itu cukup tinggi tetapi apabila ada kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang dilakukan, pasangan hanya mengambil langkah berdiam diri hanya kerana cinta, inilah cinta buta tidak nampak akan kesalahan, matlamat pula menghalalkan cara.
Bila cinta Tuhan diketepikan dan kasih sayang makhluk mendasari hati, nafsu menjadi raja dalam diri, kalam Tuhan tidak lagi diikuti. Sesungguhnya manusia apabila mencintai makhlukNya dan mendahului mereka dari Allah, maka tunggulah janjiNya. Kadang-kadang untuk menyeru kepada kebaikan agak sukar kerana sesetengah orang akan lebih nampak kepada keburukan.
Namun begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam membuat kebaikan. Kebaikan tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. Kadang-kadang apa yang kita buat lebih memberi kesan berbanding dengan apa yang kita cakapkan. Dunia ini adalah madrasah cinta kita cari.
Allah Taala sedang mengajar dan mendidik kita. Suatu ketika dulu saya juga pernah mengalami perkara yang sama. Namun diteruskan juga menadah, meminta pertolongan Allah.
Allah Taala akan terus mengajar dan mendidik kita dengan syarat kita mahu belajar sama ada dari pengalaman yang kita lalui, muhasabah diri seterusnya belajar ilmu-ilmu Islami.
Manusia bijak akan menjadi orang lain bergantung kepadanya, bukan sebaliknya. Dia tidak pernah bersikap dan mengambil keputusan dengan mengharapkan orang lain turut sama berendam dalam masalah peribadinya.
Bahawasanya seorang muslim itu mempunyai falsafah hidup, prinsip, risalah, dan ketentuan yang lebih agung daripada hanya sekadar mengharap, balas dendam, dan benci. Perjalanan hidup berumahtangga sebahagian surat cinta Ilahi. Bahawa dugaan, kepahitan, perpisahan adalah antara isi kandungan surat cinta ini.
Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Mendepani surat cinta ini, inshaAllah akan menyuburkan cinta, sekiranya kita menerimanya sebagai satu tarbiah daripada Allah. Percayalah, kita pasti akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis selepas kebahagian.
Kesulitan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.
Berbahagialah isteri-isteri yang menjadi solehah hasil bimbingan dan pimpinan para suami soleh. Beruntunglah isteri-isteri meredhai kehidupan rumahtangga yang dibina. Kesusahan dan kesulitan sudah menjadi pakaian harian, nilai kasih sayang antara penghuni rumahtangga didahulukan.
Mempunyai peranan.
Peranan takwa dan iman itulah, yang menjadi pasak melahirkan serta mengekalkan konsisten keharmonian cinta yang dirasai dengan cara dan sudut yang pelbagai nantinya.
Banyak versi dan variasi.
Kursus perkahwinan pastinya belum memadai membenihkan nilai-nilai yang perlu kepada bakal pasangan, jika sahaja kayu ukur sebaik para pejuang agama sebahagiannya juga ditakdirkan untuk kecundang.
Ingatlah, ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Cinta yang matang itu, tidak buta dengan kesalahan dan kekurangan orang lain. Celik, tetapi hati yang cinta akan berdoa dan berusaha untuk memperbaikinya. Kita terima seadanya.
Dia hamba, kita juga hamba.
Hamba itu lemah dan sentiasa bersalah. Pohonlah kemaafan dan bersedia memaafkan.


Sharing is caring ILUVIslam


P/S: Insya'allah...Aminnn


With Love

Malaysia LOVE Japan.

Salam semua...

Wa Ta Shi Wa Nurul Nastasea Bt Sabar..*Nama saya ialah ________________.
Gempak gerekk sehhh...bukan perlawanan bola ka, badminton ka tapi tema cupcake untuk anak aku,Naz bawak ke sekolah sempena kunjungan pelajar dari Jepun datang beramas mesra dengan pelajar Malaysia. Kebetulan dan bernasib baik, Naz terpilih antara 10 orang di sekolah dia untuk melayan dan beramah mesra dengan salah seorang pelajar Jepun tu, sebagai tanda hati, semua pelajar kena bagi cederamata dan makanan yang akan di beri kepada pelajar Jepun tu, jadi Naz mintak Lin orderkan cupcake dengan Sweet Ummi Bakery@Eyna yang bertemakan merah putih dan tertulis Malaysia Love Japan...hehehehe
Dan inilah hasilnya, memang sweet dan 'gah' sekali, merah dan putih seakan serasi dan 'ngam' dengan color bendera Malaysia juga Jepun tu, kan kan?
Thankx Eyna..




*Banyak yang Naz bawak, dodol, kuih bahulu, telinga keling (benderam) untuk promosi makanan Malaysia..
Nak tau lagi, kita tunggu dia upload gambo je, nak tengok gak rupa pelajar yang bersama Naz harini, lelaki ka, pompuan ka, mesti putih macam bedak kan?..Arigato....sayonara....:p



P/S: Nasib baik Jepun, agak senang nak buat tema color tu..kalau Negara lain, rasanya susah sikit kan, banyak color kena adun kan??? 



With Love

R.I.N.D.U datang lagi..

Salam semua...

Aku R.I.N.D.U..! Sangat-sangat rindu..huhuhu
Kenapa datangnya rindu? Kenapa mesti rindu? Kenapa rindu?..
Jawabannya ada pada kamu..


DULU: Kami selalu bersama, berbagai cerita kami kongsi bersama, suka duka kami pun tetap bersama, kau menangis, aku turut merasa hiba, kau tersenyum aku turut gelak ketawa, jika aku susah kau jadi pendengar, jika aku senang kau orang pertama yang dapat khabar berita..


KINI: Aku kesepian. Semua hilang, senyap, sepi, bisu dalam sekelip mata. Ntah di mana silapnya, ntah di mana puncanya, ntah salah siapa. Aku bingung, aku sedih, hiba, pilu, airmata menjadikan aku lebih lemah tiap kali aku fikir dan renung semua kenangan dan kegembiraan bersama, aku tak kuat untuk menghadapi semuanya seorang diri, aku jadi sensitif tiap kali melihat kegembiraan di luar sana, tapi aku bernasib baik masih ada yang sudi mendengar dan berkongsi kesedihan aku. Aku pasrah dan redha dengan semua yang berlaku dan akan berlaku, jika Tuhan nak ambil semua kegembiraan aku bersamanya, mungkin ada rahmat dan hidayah di sebaliknya..
Syukur alhamdulilah...



P/S: A.K.U....R.I.N.D.U.....*sob sob sob...:((

With Love

Tujuh Kalimah mulia amalan dalam sehari.

Salam semua...

Hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari, moga harini kita akan mendapat rahmat dan hidayah dariNYA..Amin..
Jom Lin kongsi info dan artikel yang berguna untuk bekalan harini juga selamanya sempena hari Jumaat.
Info dan gambar dari Tok Wan (FB)..
Renung-renungkanlah dan selamat beramal..:)



Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut ".

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.



P/S: Nak seribu daya tak nak seribu dalih..Percaya qada' dan qadar semuanya datang dan pergi tertulis dariNYA...Redha dengan setiap apa yang berlaku...



With Love

Thursday, January 20, 2011

Tin Pepsi Siti Nurhaliza di jual rm2000.!

Salam semua...

Uiii terkejut aku membacanya...
Tin pepsi yang harganya dalam rm2 tu terus menjadi rm2000 gara-gara wajah Datuk Siti , mak aiii mahalnyaa 'saham'...huhuhu
Haaa lepas ni kalau ada wajah artis kat tin ke botol ke atau mana-mana, kowang kasi simpan, pastu hantar kat mudah.com tu, mesti ada harga...
*tu belum lagi pingan mangkuk cawan antik Mat Gebu masuk mudah.com..mesti ribu riban kan....kekekekee




Kuala Lumpur – 17 Januari 2011: Sebuah tin minuman Pepsi bergambar Dato’ Siti Nurhaliza, telah di lelong di dalam Portal jual beli online  www.mudah.com.my pada harga RM2,000.00. Tin Mimnuman Pepsi tahun 2000yang tidak pernah dibuka itu yang berjudul ‘Ask For More’ bakal menerima bidaan tinggi lebih dari RM2,000.00.
Portal Jual Beli Mudah berhasil mendapat hak penjualan daripada seorang penjual yang menyiarkan iklan pada 4 December 2010. Identity pembeli tidak akan diungkapkan. Yang jelas, ini merupakan tin minuman termahal yang pernah dijual.




P/S: Uiiii mahalnya gambar Datuk Siti tu yek...dari setin Pepsi dalam rm2 terus melonjak naik rm2000...phewww sekali pijakkkkk..kemeeeeekkkk...
Ermm agak-agak kalau gambo aku kat tin tu..ada ke rm2000??? silap2 20sen..kakakakakah


With Love

Hasil titik peluh jari ku..

Salam semua...

FarmVille, game kegilaan mak-mak budak, bapak-bapak budak dan juga anak-anak..hahahaha
'Hasil titik peluh jari ku' betul le tu, jari aja yang klik sana klik sini, anggota yang lain cuma melihat dan tumpukan perhatian..hahahaha
Ye aku pekebun yang hampir berjaya di internet, tapi ada lagi yang lebih maju dan berjaya giler dari aku, cuma pelik aje tengok mereka, aku yang dok rumah ni pun baru je level 55, tu pun lari sana lari sini sambil-sambil buat kerja rumah, tapi kebanyakkan jiran-jiran dalam game FarmVille aku tu, yang level nya tinggi dari aku tu, mereka semua bekerja, ermm pelik, camne la dapat mereka main game tapi dalam satu masa buat kerja ofis tu..memang teror dan tahap 'berani' juga dengan booss mereka yek..hehehehe
Yang aku ni kat rumah, kadang-kadang pun miss jugak sampai 'mati' tanaman aku..huhuhu
Game lain ada jugak aku main, tapi tak berapa aktif, yang buat masa ni aku kira aktif main game CafeWorld, Baking Life, Hotel City dan Sorority Life, yang game lain semua aku dah BLOCK.!! hahahaha
Sebab tu le, walaupun fren list aku kat FB tu beratus-ratus owang, tapi kebanyakkannya semua add aku sebab main game aje, bukan sebab kenal ke, kawan ke, atau minat kat aku ke, tapi untuk jadi jiran game nak bagi gift aja, aku add aje, saja untuk suka suki, 'ada aku kesah'??? :p



*Makin lama makin mencabar game FarmVille ni, banyak yang baru dan jadi seronok mengejarnya, tapi AWAS..! jangan sampai bende dan kerja lain jadi lalai dan terabai, kena displinkan diri dan jadual masa untuk duduk main terus game nie...:)




P/S: Ada masa duduk main game lagi bagus dari duduk kat wall facebook tu melayan status kawan-kawan yang kadang-kadang buat 'diri sendiri' rasa hati..huhuhuhu


With Love

xtvt Thaipusam-Tido je..!

Salam semua...

'Kerana mulut santan binasa..
Kerana Thaipusam kelapa naik harga..'
Hahahaha..tu pantun sempena hari Thaipusam, baru je aku karang, tapi jangan salah bawak mulut, ada kelapa naik atas kepala..ada fahammmm!!!
Cuti?? ye JB tiap-tiap tahun Thaipusam memang cuti, cuma ada setengahnya tu memang kerja jugak, ermm hubby aku pun kena kerja jugak, nak wat camne, tanggungjawab...
Jadi cuti-cuti ni tak kemana pun, petang anak-anak dah nak gi tuisyen, dari jam 3pm ni sampai le 10pm mlm kang, aku kena jugak keluar masuk hantar anak tuisyen, so apa ada pada cuti..huhuhuhu
Cumaaaaaa....si POLO dengan KENIT tu..amboiiiii cuti sakan ko dua ekor yek, dok baring lentuk tido..dari pagi sampai le ni, bukan main relax lagi, baik punya 'fucking' (parking) yek....aorang kat tembok, sorang kat atas carpet..huhuhu


*POLO kalau tido mesti nak atas karpet atau atas kursi, kalahkan tuan rumah, nak tempat yang empuk je, sekali aku hempokkk kang...huhuhuhu


*KENIT plk, mesti nak letak kepala dia kat tembok, gaya tido orang teleng, camne dia pusing pun, kat mana dia landing pun, mesti nak leher tu kat tembok..apadaaaaaaa..banyak sangat makan leher ayam ker???? ermmmm




P/S: Dikala kesepian...merekalah teman bergurau, bercakap, berlawan dan bersedih...jangan ingat mereka tak faham, bila kita cakap, menangis, marah, mereka tenung aje aku, mungkin mereka nak bagitau sesuatu tapi KUCING MANA BOLEH BERCAKAP....!!!!



With Love

Sony Ericson-SATIO

Salam semua...

Hurmmm ada sapa-sapa yang pakai tel ni?..Camne? oke ke? Aku baru nak survey-survey je, tapi tetap sabar menanti kehadirannya, bila la mau sampai itu telefon daaaa...*baru order booking color merah tu*.
Alahhhhhh bab telefon ni, aku tak giler nama dan branded, apalagi yang up-to-date, cukup sekadar boleh pakai, tahan lasak juga yang penting senang nak handle dan bawak kemana-mana, aku memang dari dulu pakai brand Sony Ericson, jadi agak sukar dan tak minat nak beralih arah ke jenama telefon lain, tambah susah nanti sebab fungsinya dah berbeza.
Buat masa ni cukup berkenan dan minat sangat dengan Sony SATIO ni, peduli apa owang kata dah keluaran lama ke, bukan terbaru ke, tak canggih ke, yang penting, kringgg kringgg aku dengar dan say 'hello'...betul??? yang lain-lain tu kira advance aje le kat telefon tu. Suka dengan camra dia, 12megapixel, sesuai le dengan aku ni yang suka tangkap mana sempat je gambar, ye la aku takde camera secanggih kowang, janji kowang nampak image gambo aku dah ler..bwekkkkkk


The 12.1 mega pixel camera features red-eye reduction, face detection, image stabilization, a Xenon flash, autofocus and geo-tagging with the Sony Ericsson Satio’s built-in A-GPS, as an S60 device there are loads of new applications as well as new functions built-in including auto-rotate of the screen, handwriting recognition, applications for YouTube and Facebook, multimedia player, a WebKit based web browser and email integration including Microsoft Exchange ActiveSync.


The Sony Ericsson Satio also offers a built-in FM Radio, Wi-Fi support, Bluetooth, an 8GB memory card in the packaging, high speed HSDPA upload and download speeds, and TV out option.


There are two more colour variants of the Satio yet to make an appearance, this first model is the original black edition and the two further colour schemes are a red and a silver variant.





*Cukup berkenan dengan yang color Merah tu..cuma harga dia mahal sikit dari yang hitam dan silver tu, sebab tu kena order, minggu depan atau secepatnya baru la dapat merasa.
Tq buat mr.hubby....inipun dah bersyukur sangat-sangat owang nak belikan..:)




P/S: Anak-anak dan hubby sibuk suruh amik iPhone4 tu, tapi aku tak berkenan betul, tak tahu kenapa, lebih suka dengan Sony Ericson..:) sekian..:p


With Love

Auww..Pelan-pelan sikit kak oii.!

Salam semua...

Sekarang ni takde IDEA bukan takde MOOD oke mau update blog..!
Sebabnya sekarang aku dah jarang ke sana-sini bagi tahun 2011. Nak cite pun takde cite, keluar masuk ke sekolah aje. Kebizian melanda untuk tahun nie, dari pagi hingga ke malam, sibuk urus anak-anak, belum sempat kursi tu panas duduk, dah bangun keluar lagi hantar anak-anak.huhuhu
Jangan mengeluh, buat kerja tu sebagai tanggungjawab, di kemudian hari nanti mesti ada kesenangannya kan?..so u all faham-faham aje la yek..
Cite entri kisah ni dah lama, saja dok simpan buat pekasam, malas nak cite..hahahaha
Waktu ke Holiday Plaza Lin singgah ke kedai urut Thailand/Indonesia, rasa tapak kaki tu sakit sesangat, so kalau kasi urut tu mesti best kan? apalagi test le dok masuk mengurut di situ.
Sekali datang seorang perempuan, erkkk badan sasa macam 'jantan', muka bengis macam samseng, takut aku di buatnya, pastu di terus duduk amik minyak nak urut, aiyooooooooo boleh ka ni dia urut, kang ada dia tarik tekan aki aku, bertambah-tambah sakit kang..erkkkk


*Aduh duh duh..adeiiiii grrrrr arghhhhhhhhhh auww adoiiiiiiiii...
Tu je yang mampu aku cakap dalam hati, dah bilang jangan kuat-kuat tapi dia pegang sikit je dah rasa sakitnya..aduhhhhhhhhhhhh


*Fuuuuhhhh Kak plessss jangan kuat-kuat ye, takut kang esok effect dia bengkak pulak kaki aku tu, dah le kaki tu nak pakai bawak kete kak oiiiiiiii..
Tapi dia tak jawab-jawab, cuma senyum aje, dia tak faham bahasa Melayu rupanya, hahahahaha. Lepas tu Lin speaking 'London' kasi tunjuk isyarat, terus le kawan sebelah dia tu bagitau, baru le rasa dia urut tu lembut dan selesa..adeiiii
Bayangkan sampai aku nyorok belakang surat khabar tu, konon-kononnya pura-pura le baca paper, padahal saja dok ngerang sakit..hahahahaaaaaaaaaaaa. Eksen kena lebih..kakakakakah.




P/S: Badan sakit benjol-benjol dah nie..huhuhu lambat sangat mau tunggu date tu nak ke Mustika Ratu mau kasi manjakan diri...Oo Baby G Nyuttt dan Mama Curly Fries, sudah bersedia kah anda??? hehehehe


With Love

Monday, January 17, 2011

F.O.B.I.A

Salam semua...

Hati mula terusik..Jiwa terasa hiba..
Sekian terima kasih...:((


Info dan artikel dari Mahsuri.


FOBIA

Fobia bermaksud dimana pesakit mengalami ketakutan yang tidak wajar atau tidak rasional (irrational fears) terhadap sesuatu benda atau situasi yang khusus.

 
Ia juga dikaitkan dengan pengalaman yang lalu atau pelaziman (conditioning) dimana rangsangan (stimulus) yang neutral dikaitkan dengan rasa takut atau cemas apabila mereka terdedah dengan situasi yang sama.Fobia adalah sebahagian daripada gejala penyakit jiwa yang lain seperti kemurungan (anxiety disorders).umumnya ketakutan terbahagi dua iaitu takut biasa (normal fears) dan takut luarbiasa (abnormal fears).

 
Jenis-jenis fobia.

1)Fobia biasa (Simple Phobia)

2)Fobia agora (Agora Phobia)

3)Fobia Sosial (Social Phobia)



-Fobia biasa dikatakan jarang sekali berlaku. Antara ciri=cirinya adalah takut pada ular,kegelapan,lif,menaiki kapalterbang atau berada ditempat tinggi.

-Fobia Agora biasanya bagi mereka yang takut berada di tempat-tempat umum seperti pasar,dalam bas,atau jambatan atau keadaan bersesak-sesak dengan orang ramai.

-Fobia sosial berlaku apabila seseorang itu merasa takut,tidak selesa dan cemas dalam situasi seperti perjumpaan,berinteraksi dengan rakan atau makan di khalayak ramai.

 
Langkah pencegahan.

-Penghidap seharusnya tidak mengelakkan diri daripada berhadapan dengan situasi yang ditakuti.

-Yakinkan diri bahawa tiada bahaya akan menimpa anda.

-Teknik relaks (relaxation techniques).

-Tumpukan perhatian dan fikiran pada sesuatu yang positif bagi membantu meneutralkan perasaan bimbang atau takut yang dialami



Komplikasi.

-Kemurungan (depression).

-Gangguan dari aspek aktiviti harian atau sosial.

-Panik.

-Mengambil minuman keras secara berlebihan.

-Merasa rendah diri (inferiority complex) dan tidak mempunyai ramai kawan.






P/S: Aku dah banyak hadapi dan rintangani semua gejala FOBIA..tapi aku tak pernah SERIK untuk terus mencuba dan mencuba demi sebuah kehidupan yang bahagia..:)


With Love

Sunday, January 16, 2011

Kaftan design@Seleksi Qrizz

Salam semua...

Hurmm agak lama tak update blog ni, bukan merajuk atau bukan takde mood, tapi broadband line kat rumah ni yang buat hal, sampaikan nak upload gambo macam menunggu buah durian jatuh atas riba..huhuhu
Sekarang dah oke, dah kena gegar dan dah upgrade sikit baru le bernafas lega, kalau tidak semput macam siput. Bagus 2x ganda lagi TMstreamyx aku yang lama..huhuhu
Oke le ebtri kali ni saja aku nak tayang menayang aksi dan pose maut tapi tak le maut mana pun, takat pose 'poyo' je dari aku dengan Wana tu,hehehehe..

Kowang perasan tak, penghujung tahun 2010 hingga le awal tahun 2011 ni, musim artis dan bukan artis bergaya dengan fesyen busana Kaftan?. Macam-macam fesyen dan jenis Kaftan yang di gayakan, sampaikan naik terbeliak mata aku bila tengok dalam majalah-majalah tu, memang perghh giler glamour le kalau pakainya..
Jadinya..apalagi nak jugak aku test market badan aku pakai baju Kaftan tu, memang seksi seksa sehh bila bergaya tu, kena pulak aku dah ada le fesyen designer yang tengah fofular dan hangat di pasaran di FB tu, tak lain tak bukan si Burn Seleksi-Qrizz. Kalau kerja tangan dia tu jangan cakap le, kalah kerja tangan owang pompuan ni, malu weiii...


*Yang ni Kaftan Lycra..Baju ready made yang di jual di Seleksi Qrizz, kebetulan aku datang rumah dia tengah banyak tergantung yang dah siap, apalagi aku dengan Wana dok mengayakan dan pose le. Memang sedap pakai kainnya tu, kalau kowang nak beli siap dan  nak mintak beadingkan sekali pun boleh..


*Yang ni baju aku, fesyen Kaftan 2 pasang, kain dan baju. Aku beli kain dan tempah terus mintak SQ tu jahitkan, haritu datang rumah dia sebab nak fitting baju tu le, memang ngam betul-betul saiz badan aku, tinggal proses nak beading ajer...:)


*Dan yang ni fesyen Kaftan jubah, siap ada tali dijahit di dalam baju tu, so kalau pakai memang nampak fit le kat badan tu, selesa dan serasi bersama..hehehehe
Yang ni pun tunggu proses beading aje, kena ikut turn sebab tempahan SQ tu berderet-deret. Siapa-siapa nak tempah untuk raya nanti, cepat-cepat le, di buka sekarang hingga la 1.5 ni aje..:)
So kowang tunggu nanti hasil baju aku yang dah siap nanti..dup dap dup dap jugak ni...:)





 
P/S: Sesekali kita ni surirumah nak jugak bergaya, tak kira le kemana, janji up-to-date le owang kata fesyen tu...kan kan?


With Love

Popular Posts