Followers

Monday, November 29, 2010

Jangan derhaka pada Suami..!

Salam semua..

Huhuhu belum ada idea mau update cerita lor..jadinya macam biasa le, jom kita baca dan kongsi sebuah artikel lawak jenaka tapi realiti kot untuk kita renung-renungkan bersama..
Di petik dari Tok Wan FB..:) like..



PENGORBANAN SUAMI PADA ISTERI / LELAKI PADA WANITA



Pada akhir zaman yg serba canggih dan moden ini, ramai isteri2 telah lupa pengorbanan yg di lakukan oleh si suami. Mari kita lihat antara apa yg lelaki korbankan utk wanita ataupun isteri..



1. KAIN, kain lebih banyak ukurannya utk buat baju kurung daripada seluar lelaki. Lelaki sanggup beli kain yg banyak utk isteri.


2. MESIN basuh / mesin parut kelapa / mesin jahit / blender / oven / dan mcm lagi mesin kat dapur rumah, semuanya lelaki lebih rela tak pakai, semuanya “ikhlas” bagi isteri guna.

3. SABUN, BERUS, PENYAPU, sekarang ni anda semua tahu harga barang semuanya naik. Lelaki sanggup beli setiap bulan utk isterinya sedangkan lelaki tak pernah gunakannya.

4. TUALA, lelaki Cuma pakai sehelai saje tuala sedangkan setiap bulan wanita bertukar- tukar tuala..

5. BAJU, lelaki Cuma pakai sehelai saje baju dlm satu masa, tp wanita pakai dua…..(baju dalam)..

6. BARANG KEMAS, lelaki tak pun pakai rantai emas, subang emas, gelang emas…..tp beli jugak utk isteri….

7. ALAT SOLEK, lelaki rela tak pakai gincu, maskara, eye shadow dan bagai2 lagi alat solek tapi Sanggup beli utk isteri.

8. KASUT, lelaki lebih rela pakai kasut yang tumitnya rendah demi isteri dia sanggup beli yg bertumit tinggi…

9. REHAT, 60 hari wanita di beri rehat slps melahirkan anak sedangkan lelaki mungkin akan diberhentikan Kerja kalau rehat sebegitu lama….

10. AMBULAN, setiap kali nak melahirkan anak, wanita dapat merasa naik ambulans sedangkan lelaki, Cuma ikut dr belakang dgn kenderaan sendiri.





P/S: Bila di baca dan faham-fahamkan..ada betul jugak yek..betul tak? heheheh
Terima kasih suami ku yang tercinta..hehehehe

With Love

Saturday, November 27, 2010

I Love U.. MamaFami

Salam semua...

Rasanya dah lama Lin tak dapat award untuk blog Lin ni kan? ermm ada aku kesah??? ha ha ha
Tapi rasa betuah pulak harini tup-tup terbaca kat komen, MamaFami yang meletop's glamz yang selalu berpantun mantun tu sudi nak bagi award ni kat Lin..hehehe muahhhhh
So apalagi, cepat-cepat le Lin copy&paste, kang MamaFami berpantun sakan kang, ada tak terjawab aku nak membalasnya..
Jeng jeng jeng..jom kita lihat apa syarat yang perlu Lin buat untuk sempurnakan kelayakkan menerima award ini..ecececeeee heheheheh


Ishh kalau kowang tak kenal, sudi-sudikanlah add dan jenguk blog dia juga di FB, tapi kowang siap-siap le dengan berbalas-balas pantun dia, sekali dah masuk team pantun dia ada tercirit-cirit kowang nak menjawab, belum lagi respi dan lauk pauk dia, ngences je le kowang tengok ek .hahahahahaha
Betul tak Mat? kuang3x...


*Ha inilah dia awardnya..Blog terCANTIKK?? muahahaha tuan dia ka blog dia ka? kekekeke
Ada 2-3 soklan je nak jawab, senangkan, nasib bukan pantun..hehehehe

- Nick name tuan empunya blog.
= Sis-Lin.

- Ucapan untuk pemberi award.
= Oh sungguh terharu tidak terkata,
Bila menerima award sebegini rupa,
Terima kasih yang tidak terhingga,
Buat MamaFami yang sungguh jelita..:)

- 6 Fav artist/singer/group.
= Kris Dayanti, Dato' Ct Nurhaliza, Azwan Ali, Aznil Hj Nawawi, Rosyam nor & Shah Rukh Khan.

-Tag 10 bloggers.
= Arghhh nak jadi pengkhianat harini..sapa-sapa yang sudi nak tag sendiri, amik le ye..sudi-sudikanlah...
*Cuba aku tag Ben Ashaari..dia nak buat tak? hahahahaha



P/S: Kalau tiba musim tag mengetag ni, satu persatu kita kena tag, kalau award, bertepek-tepek award..tapi kalau takde..masuk angin le cari idea sendiri buat entri..hahahaha


With Love

Teruja nak tengok Teater 'Siti di Alam Fantasi'.

Salam semua..

Kowang mesti dah pernah tengok teater kan? mesti bestkan? teruja tak? ye la secara live kan di persembahkan, Lin selalu dengar dari cerita Retna tu, dia selalu jugak tengok teater, katanya suasana dan cara penghayatan kita lain dengan tengok wayang,ermmm 
So kali ni agak teruja pulak nak bawak anak-anak tengok teater sempena cuti sekolah ni, kalau kat JB ni mana ada teater, nak tengok kena le ke Istana Budaya. Tapi yang Lin teruja nak tengok sangat cerita 'Siti di Alam Fantasi' tu, dulu cerita tu dah ada dipersembahkan tapi itu Siti hanya di alam fantasi hutan lipur, so kali ni katanya dia beralam fantasi di dasar laut pulak, dan pelakonnya pun dah bertukar, menarik kan? anak-anak mesti suka, lagi-lagi si Naz dengan Yana tu..hehehehe
Awak..nanti kita jadi turun KL ni, temankan kita beli tiket yek? :)



Tajuk:Siti di Alam Fantasi
   
Produksi:Istana Budaya
   
Kategori:Teater
   
Tempat:Panggung Sari, Istana Budaya
   
Tarikh:22 - 31 Disember 2010
   
Masa:
8.30 malam
     
Tiket:RM30, RM50, RM70, RM100 & RM150
   
Tempahan Tiket:Box Office
Istana Budaya,
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur

Tel: 03-4026 5558
   
Tempahan/Pembelian Online:www.ticket2u.biz

Hotline : 03-41498600
   



P/S: Aku harap-harap kali ni tahun ni dapat le tengok itu teater 'Siti di Alam Fantasi' dah terlepas teater ceritanya yang sama dulu.. :(


With Love

Friday, November 26, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA !

Salam semua..

Agak ketinggalan entri ni tapi berusaha juga nak buat sebagai tanda penghargaan buat tuan punya blog yang selalu Lin masuk nak baca, ikut syarat cuma 5 jek, kalau dia bagi 10 ke 20 ke, banyak lagi blog yang Lin selalu baca walaupun dalam diam..hehehe buat yang lain-lain 'Saya suka blog awak juag'..:)

Syarat per-1: BUAT SATU ENTRI BARU.

- Siap Boss..

Syarat ke-2: LETAK HEADER DIBAWAH INI TANDA PERKENALAN.


-Ok tak Boss...hehehehe

Syarat ke-3: Tulis tajuk : SAYA SUKA BLOG AWAK LA ! dan linkkan ke entri ini ..

-Sudah Boss..

Syarat ke-4: Sila PILIH 5 BUAH BLOG YANG KORANG SUKA SANGAT MASUK BACA .. PILIH DENGAN BIJAK !

2. Blog Ben Ashaari.
4. Blog An-Wardrobe.

Syarat ke-5: Sila beri penjelasan kenapa korang pilih blog tersebut ..

- Ntah ek, susah nak cakap dengan blog mereka ni, tiap kali buka walaupun hanya di dashboard pasti nak bukak link derang, mungkin sebab hari-hari ada saja cerita/resepi/update yang terbaru..walaupun ada juga yang tak berupdate tapi Lin suka baca..:). Rasa kalau sehari tak baca or bukak, macam tertinggal banyak cerita dan komen, walupun hanya skodeng..hehehehe

Syarat ke-6: Sila tulis , SAYA MENGETAHUI SEGMEN INI DARI BLOG .

- Blog mana lagi..mesti le tuan punya syarat dan yang bertanggungjawab buat ini segmen..Ben Ashaari ler..:p

Syarat ke-7: Sila pergi ke blog yang korang pilih tadi tu .. dan masuk ke ruangan komen .. Tinggalkan komen di situ .. komen tu hendaklah ditulis " SAYA SUKA BLOG AWAK LA .. " dan tinggalkan url entri korang di situ ! Entri yang korang buat segmen ni .. OK ?

-Ok baik Boss..:)

Syarat ke-8: Kemudian , barulah tinggalkan url korang kat entri ini .. entri segmen korang tu ..

- Ok Boss...:)



P/S: Ishh pertama kali Lin ikut serta dalam segmen Ben ni..hehehe Yuhuu Abang Ben,salam kenalan..kikikiki *sambil jeling mat gebu..hahahahaha


With Love

Bohsannyaa la AKU..

Salam semua...

Semalam cuaca sejuk, satu hari hujan kan? tempat kowang hujan tak? dari tengah hari bawak ke malam hujan, tido nyenyak aje malam tadi..hehehe
Tapi yang bestnya Lin nampak dan perhatikan ialah gelagat si kucing Lin POLO..hehehe. Tiap kali bila hujan turun mulalah dia gelisah dan tak tentu arah, ke hulu ke hilir dia, dari depan ke belakang, hehehe. Yelah bila hujan-hujan macam tu dia tak dapat nak keluar, jadi dok terintai-intai terngendap-ngendap je lah..hahahaha..


*Haa tu kowang tengok tu, asyik duk terintai-intai aje dia, dari pagi ke petang hingga ke malam asyik je la intip kat tingkap tu..sian dia...


*Petang pun sama, masih juga duduk menjengah ke luar, agaknya dalam hati dia berkata.'Bila le nak berhenti hujan ni, aku nak pi ngurat-ngurat dating pun susah ni'..hehehehehe


*lama kelamaan Lin nampak si POLo tidur menunggu hujan berhenti..hehehe
'Baik aku tidur aje lah, lagi best.!'...hahahahaha



P/S: Bukan binatang aje, manusia pun kalau hari hujan duduk termenung depan tingkap, satu kerja luar tak boleh buat, tapi tetap bersyukur dengan rahmat MU Ya Tuhan..:)

With Love

Thursday, November 25, 2010

Tips Berkhatan: Fesyen/Posisi kain gantung.

Salam semua...

Hehehe..cuti sekolah camni macam-macam lah upacara dan kenduri diadakan, mana yang buat kenduri kahwin, kenduri bertunang, nikah dan yang paling kerap berlaku pada cuti sekolah camni ialah kenduri berkhatan, termasuk lah anak Lin,Amat@Ridzuan tu. Masuk harini dah 6hari berlalu, luka jahit dah beransur kering, ada jahitan tu dah pun tanggal sendiri, tapi azabnya dugaan dan cobaan bila menjaga dia dalam berpantang ni, ishh macam-macam karenah dia buat, dengan Mak dia je yang dia mahu, dengan Ayah? taknak langsung walupun nak bawa dia ke bilik air kencing..huhuhu
Malu tak mahu, Mak dia ni jugak yang dia nak suruh cucikan, tapi takpelah itu lah pengorbanan Lin seorang ibu menjaga dan pengalaman Lin satu-satunya menjaga anak lelaki sorang ni berkhatan..ermmm layann aje la..:)
Yang bestnya, bukan Amat anak Lin aje yang bersunat, ada kawan-kawan Geng Setaman ni juga pun sama bersunat..hehehe dan yang tak bestnya, Lin pulak tak dapat nak melawat kawan-kawannya tu, mana taknya dok menjaga orang berpantang ni, tak boleh langkah sikit kaki ni, jerit le dia dari kursi tu 'Makkkkkkkkkkkkkk'..eeeeeeeee sabo sabo Lin...


*Fesyen gantung di tingkap dan lampu gaya mcm huruf T gitu..hehehe
*Baru pagi tadi dia kata..'Amat macam tak caya je dah sunat' hahahaha lawak punya soklan, pastu kata..'anu teeeeeeet yang ni tak cantik, cantik yang lama' hahahahaha 
Baru perasan ke Mat, mula-mula memang le tak cantik, tunggu dah baik sok yek..hencemmmmmmm..hehehehe


*Fesyen gantung di tangga, mngkin huruf L gitu kot..
*Peace..yang ni anak kawan Lin,Azie..Haqim..dia baru semalam bersunat dengan Dr yang sama dan Klinik yang sama jugak dengan Amat, jangkakan 5hb baru Azie ni sunatkan anak dia beramai-ramai, tapi dia rasa macam lama angat, takut lambat baik katanya, ye la nak urus anak sekolah lagi nantikan..so Haqim, aunty doakan Haqim cepat sembuh yek.. :)


*Fesyen gantung di ruang tamu siling, ermm lebih kurang huruf I tegak je nie..
*Hehehe tidur dia,alahaiii...Yang ni pulak anak kawan Geng Setaman juga,Jalena@Linn Jell, Quszay..anak dia ni sunat pada tarikh yang sama dengan Amat, kira dah 6hari juga berlalu, cuma di Klinik yang berlainan aje, kata Linn, masa nak bersunat tu, anak dia meronta-ronta kata..'jangan pegang aku punya' hahahahah sianlah dia, mungkin gementar dan jadi takut bila masuk dalam bilik operate tu agaknya..tapi semuanya selamat, alhamdulilah..Aunty doakan juga supaya Quszay cepat baik yek sayang.. :)

*Di sini Lin ada selitkan info kebaikan,tuntutan dan pantang larang berkhatan untuk kita kongsi bersama..
Info dari Syed Mahadzir

Kebaikan Berkhatan

Islam menuntut supaya umatnya berkhatan kerana ia mempunyai beberapa kelebihan yang tidak akan diperolehi mereka yang tidak berkhatan. Kebaikan dan kelebihan berkhatan dapat dilihat dari dua aspek, iaitu dari aspek kesihatan dan dari aspek keagamaan. 

Dari aspek kesihatan terdapat tiga kelebihannya.

  1. Menjauhkan tabiat kencing malam.
  2. Mendatangkan kebersihan.
  3. Mengawasi kesihatan.

Dari aspek keagamaan pula ada empat kelebihannya iaitu:

  1. Untuk membezakan orang Islam dengan penganut agama lain.
  2. Sebagai ikrar patuh kepada arahan-Nya dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaan-Nya.
  3. Berkhatan adalah induk kepada fitrah, syiar Islam dan sebagai lambang syariah.
  4. Menyumpurnakan tuntutan syarak.


Pantang Larang.

Di antara pantang larang yang biasa diamalkan selepas berkhatan ialah:

  1. Makanan yang gatal dilarang sama sekali seperti udang, sotong, telur, ayam, pedal ayam, daging, ikan megkeroi dan ikan tudung tempayan.
  2. Buah setoi dan buah seter.
  3. Kuih buah melaka.
  4. (Makanan tersebut boleh memudaratkan dan mendatangkan kesan buruk pada luka bekas berkhatan).
Menegah kanak-kanak daripada:

  1. Minum air terlalu banyak
  2. Melangkah bendul pintu
  3. Melangkah tahi ayam
  4. Melangkah kulit kerang dan lain-lain lagi




P/S: Pada anak-anak yang belum berkhatan tu, jangan takut, lari kemana pun potong tetap kena potong..hehehe.. Sakit? Bohong kalau kata tak sakit kan Amat kan? hehehehe


With Love

Wednesday, November 24, 2010

Shai..LuKENAbeb..!!!

Salam semua...

Hahahaha lepas aku yang kena wakenabeb, Lin semua berpakat pulak nak kenakan Shai, memang saja je kali ni kita buat bodoh dengan besday masing-masing, hahahaha termasuk le aku punya eh..huhuhu


*Lin, Retna & Linda berpakat konon-kononnya nak ke Jusco beli barang, ecece baik punya lakonan kan? hehehe apalagi masing-masing dok terfikir-fikir nak beli hadiah apa untuk Shai, so kitaorang pakat donate duit  ramai-ramai beli hadiah package untuk Shai..hehehehe


*Hadiah yang dicari dah jumpa, satu set pakaian dr atas sampai le ke bawah cuma dalamnya aje yang takde, memang ingat nak beli jugak tapi tak tahu saiz..hahahahaha


*Sampai rumah, idea demi idea kita cari nak kenakan dia, macam-macam cara sampai jadi huru-hara di buantnya, last-last tuan punya diri yang datang ke dapur menyerah diri, terpaksa le kita ubah plan lain, kononnya nak kenakan Naz..hahahahaha sabo je le aku...
Dah takde idea lain, tepung dengan krim kek yang akan kita calit kat muka Shai..hahahaha nasib ko tak mandi lagi kan..hahahaha


*Tapi atas usaha gigih dan semangat setiakawan, akhirnya berjaya jugak kita perangkap dan kenakan dia, SURPRISEEEEEE Shai..Lukenabeb!!! hahahaha 
Lin punya lah seronok sampai nak terkencing gelak tengok gelagat Shai yang melarikan diri, nasib ko tak terjahnya budak sunat tu atas kursi...hahahahahahha


*Hepi Besday Abg Shai..hahahahah steady je Amat, Aiman pulak sampai ke muka kena tepung, Ammar? ada aku kesah katanya..hahahahahhaa


*Kita yang bertanggungjawab menjayakan surprise untuk Shai..hahahaha aku suka! aku suka.!.lalalala
Next??? tunggu le episod-episod yang akan mendatang, kalau ada rezki ada free time dan kena masanya..kita lihat pula siapa yang kenaaaaaaaaaaa!!!! hahahahahaha


*Shai...ko suka tak? T-shirt, seluar juga selipar khas dr Geng Kamie semua.. :)
Hadiah-hadiah tu semua kami berikan atas kaji selidik kitaorang, sebeb Shai suka pakai T-shirt, juga berseluar pendek, selipar pulak, kita bagi lain dari yang lain, selalu dia pakai sandal, tapi kali ni kita bagi dia sandal yang agak formal sikit..hehehehe ko suka kan?? hehehehehe



P/S: Aku bersyukur kepadamu Ya Allah..di kurniakan KAWAN seperti mereka ini...walaupun hanya mengenali dari dunia cyber tapi akhirnya membawa ke dunia realiti bertambah erat bagai isi dan kulit.. Luv U KAWAN...:)


With Love

Madah kata buat mu Sahabat.

Salam semua...

Madah kata sebagai renungan kita bersama. Renung-renungkan dan selamat beramal.. :)
Petikan dari email seorang rakan.. TQ


~~~S.A.H.A.B.A.T~~~



-Cinta manusia melalui beberapa pintu. Ada pintu kasih, ada pintu sayang dan pintu rindu. Tapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati -- HAMKA

-Andai tiada penawar berbiasa jangan mencari cinta manusia. jika kehadirannya tanpa diduga bererti Allah ingin menduga dan bercintalah keranaNya. Yakinlah Allah mengerti segalanya.

-Berkawanlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan kesetiaan, berbatangkan keikhlasan, berdahankan kejujuran, berantingkan kesefahaman dan berdaunkan kasih sayang.

-Ada cinta tiada kejujuran ada kasih sayang tiada kesetiaan ada keikhlasan tiada keluhuran ada kebahagian tiada keserasian tapi kalau ada ASTRO macam-macam ada.. hehe

-Iman makes all things possible.. Yakin makes all things works.. Love makes all things beautiful.. May u and I have all of the 3.

-Love starts from eyes, grows with drimz and end with tears but Ukhwah starts with a smile, grows with an understanding and everlasting in Jannah.. Ameen

-Mengenalimu 1 kesyukuran, bergurau denganmu 1 kebahagiaan, menyakiti hatimu akan kuelakkan.. 1 permintaanku semoga persahabatan kita berpanjangan

-Sahabat - itu wujud dari 1 pertemuan, dengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan, dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta2 kali perjuangan. dengan 1 keikhlasan atas keredhaan Allah.

-Utk mengecapi manisnya syurga Allah, kau harus melalui jalan yang terhampar onak duri, janganlah gentar, pijaklah duri2 itu biarkahlah kakimu terluka kerana Al-Firdausi itu menjanjikan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi.

 -Be sure to : SMILE - it makes u look better. PRAY - it keeps u stronger. GIVE - it makes u richer & LOVE - It makes u near to Allah.

-Secebis kasih membuat kita sayang, secubit mesra menumbuh rasa cinta, secangkir janji membuat kita percaya, sedikit dusta membuat kita terluka, namun secalit ukhwah selamanya akan terasa.

-One tree can start a forest, one smile can start friendship, one touch can show u care and one friend like u make live worth living..

-FRIENDS - are like ballons, once u let them go, u can never bring them bacK, that's why i'll tie u tight in my HEART

-Life doesn't need to be too perfect, doesn't need to be to rich, doesn't need to be too famous, as long as friend remembered, it is more than enough

-Semanis pertemuan, seindah kenangan, semaian kasih, tuaian ukhwah, memori diabadi sepanjang zaman, mardhatillah menaungi, direstui Allah. semoga sentiasa diberkatinya.

-Pandangan mata ialah anak panah beracun dari anak panah syaitan. Siapa yang menghindari kerana takutkan Allah, ia akan dikurniakan Allah iman yang manis dihatinya hingga kiamat - Al-Hakim

-Jadilah seperti golongan Muttaqin yang setiap detik bibir basah dengan asma' Ilahi, hati jernih mengagung Ilahi, jiwa rindu bertemu rabbi, hidup dan mati dalam mahabbatullah yang hakiki.

-Allah sentiasa mahu yang terbaik buat hambaNya. Kita tak pernah memilih, tapi Dia yang pilih untuk kita. Beruntunglah kamu, anda kamu adalah pilihan Allah!

-Friendship is like a garden. It will be beautiful if u water it with love, tears, laugh and cheer. And it will be dried up if u left it untouched. So, keep in touch.

-Karamkan diirmu dalam lautan zikir, rebahkan dirimu ke dada solat, tingkatkan diri dengan amalan sunat. Nescaya dirimu akan beroleh berkat dan rahmat.

-Mengenali orang lain adalah 1 kepintaran, mengenali diri sendiri adalah 1 kebijaksanaan, menguasai orang lain adalah 1 kekuatan, menguasai diri sendiri adalah 1 keyakinan.

-Seuntai madah untuk dihayati, setitis ilmu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, iman itu dinding taqwa. sedangkan taqwa itu perisai hati, yang memusnahkan pastilah nafsu. Dilayan jangan, dilawan pun jangan, dididik perlu, diasuh mesti. Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segala2nya. Yakin pada Allah, kejayaan pasti menanti dirimu.

-Tiada KEIKHLASAN tanpa KEJUJURAN, tiada KEMESRAAN tanpa KASIH SAYANG, tiada CINTA tanpa AIR MATA, tiada DUKA tanpa SENGKETA, tiada RAHMAT tanpa IZINNYA.!

-Apalah erti budi kalau ingin dihargai, apalah erti pengorbanan kalau inginkan balasan, apalah erti sahabat sejati kalau tiada keikhlasan di hati.

-Do u know what is love? Without love someone can g crazy, without love someone can be lonely, everyone happy with their lover and remember our lover forever ALLAH SWT

-Cantik wajah pada nur iman, cantik tubuh pada mulia akhlak, cantik lisan pada iklas bicara, cantik minda pada dalam ilmu, cantik jiwa pada teguh taqwa, cantik ruh pada semuanya!

-Ingatlah ini sebagai panduan dan cuba amalkan : puasalah dihari yang panas terik demi menhadapi hari kebangkitan. Tunaikan solat 2 rakaat diwaktu malam untuk menghadapi kesunyian kubur. Tunaikan ibadat haji untuk menghadapi peristiwa2 yang gawat. Hulurkan sedekah sambil merahsiakannya dan tuturkanlah kebenaran dari mengungkapkan kebatilan.

-Apalah erti gembira kalau tiada duka, apalah erti bahagia kalau tiada syukur, apalah erti iman kalau tiada taqwa, apalah erti insan kalau tiada Allah disisi.

-Cinta membuat kita istimewa, rindu membuat kita terbayang, sayang membuat kita bahagia, terluka membuat kita merana, tapi persahabatan bermakna selamanya.

-Jika sekali bercinta biarlah sekali itu bercinta, jika gagal kali pertama, yakinilah untuk mencuba yang kedua dengan hati ikhlas. Jika gagal lagi kali kedua, yakinilah bahawa cinta2 itu terpahat di satu sudut yang sukar untuk dilalui.. tapi jika dapat memilikiNya maka tiada yang lebih indah dari sebelumnya.



-Ukhwah ibarat satu janji yang dibuat dalam hati. Tak dapat ditulis, tak dapat dibaca. Namun,takkan terpisah dek jarak, takkan berubah dek masa. Sedetik di mata, selamanya di jiwa.

-Persahabatan adalah anugerah - Membuat Kita Tertawa -Menangis - Menerima - Memberi - dan - yang paling penting - ia mambuat kita - MENGHARGAI HIDUP

-ALLAH Allows life to be Rocky - HIS Challenge isn't to let the rocks grind you into dust - But to polish you to become a brilliant GEM!

-Always welcome a new day with a 'smile' on your lips,'love' in your 'heart' and 'good thoughts' in your 'mind' and u'll have a wonderful day ahead!

-Pembangunan memerlukan ilmu sebagai nadinya dan ilmu memerlukan keyakinan sebagai tunjangnya, keyakinan memerlukan kepercayaan sebagai asasnya seterusnya kepercayaan memerlukan agama sebagai jalannya.

-Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah, KETAWA itu lambang kelalaian, selalu dilakukan hati akan mati, dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

-INGATI bila sunyi, RINDUI bila jauh, FAHAMI bila keliru, NASIHATI bila leka dan MAAFKAN bila terluka. Alangkah indahnya UKHWAH bila segalanya kerana DIA.

-Andai bertemu sapalah aku, Andai tersilap bimbinglah aku, Andai berduka khabarkan padaku, Andai berpisah kenanglah daku, Andai Khaliq menjemputku ziarahilah pusaraku.

-Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan - Yahya bin Muadz

-Mukmin itu jiwanya damai, tidak mudah tergoncang. Ujian hidup baginya fitrah sebagai mehnah, didikan terus dari Allah sebagai tanda kasih sayang dan penghapus dosa.

-Solehah woman smile in times of trouble, gather strenght from doa, and grow braver by istigfar and solat.

-FRIENDSHIP is like a TREE. It isn't measured by how tall it could be, but by how deep the roots have grown

-May Allah protect you from harm, brighten your heart with NUR iman, bless you with vision of IHSAN and guide you thru teaching of QURAN

-Sesungguhnya orang yang beramal dan berjuang tanpa didasari dengan ilmu, maka dia akan membuat lebih banyak kerosakan berbanding kebaikan - Umar Abdul Aziz

-Orang yang beriman selamanya cinta kepada Allah. Semakin menebal keimanannya semakin mendalam perasaan cintanya. Jika sudah dilamun cinta, di matanya sering terbayang akan apa yang dicintainya..

-Serendah2 nilai persahabatan ialah salamatus sadri (bersangka baik) dan setinggi2 persahabatan ialah Ithar (pengorbanan)

-Happiness keeps u sweet. Trials make u strong, Sorrows keep u human. Failure keep u humble. Success keep u glowing and ALLAH keep u going.

-Dalam kesakitan teruji kesabaran, dalam perjuangan teruji keikhlasan. Dalam ukhwah teruji ketulusan, dalam tawakal teruji keyakinan hidup. Amat Indah jika segalanya kerana Allah.

-Moga iman perisai kemuliaanmu, moga taqwa menjadi benteng peribadimu. Moga syahid milikmu,agar tenangnya jannatunNaim persemadian yang abadi untukmu.

-Kiranya tiada cinta insani untukmu,cukuplah cinta ALLAH penyuluh hidupmu, kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang menyintai ALLAH sebagaimana cintamu kepadaNya.

-Cinta manusia itu sifatnya sangat rendah.. tidak kekal (berubah2 dengan masa) berasaskan nafsu dan tidak hakikat sedangkan cinta ALLAH SWT sifatnya sangat tinggi(tidak berubah dengan masa) berasaskan hati nurani yang bersih dan bertaraf hakikat.

-Orang yang BODOH ialah orang yang tidak menyiapkan bekalan untuk akhirat dan merasakan diri mudah mendapat SYURGA tanpa sebarang AMALAN.

-Ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi supaya ia bencikan sesuatu yang remeh, ajarlah jiwamu erti kemuliaan agar ia bencikan kehinaan. Berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yang agung, nescaya ia bencikan kelazatan kecil yang sementara - Abd Wahab 'Azzam

 -Jadikan AL QURAN sebagai teman sejati, ZIKRULLAH sebagai penghibur hati, SOLAT sebagai pendinding diri dan TAQWA menjadi baja dalam taman hati.





P/S: Sahabat aku adalah Kamu..Kamu adalah Sahabat Aku..:)


With Love

Surpriseee!! AkuKENAbeb..!

Salam semua...

SURPRISEEEEEEEEE..!!! Arghhhhhhhhh tidakkkkkkkkk!! Mengooongggg kowang tauu!
Sabo je le aku, ingatkan memang tak kena punya, rupanya baek punya plan kowang kenakan aku eh...huwaaaaaaa...
Yelah dalam kepenatan malam tu, Lin memang tak hidu dan rasakan yang mereka ni semua nak kenakan Lin..huhu (Sampai terdetik dalam hati, derang ni takde hadiah ke untuk aku?) hahahaha


*Selesai semua majlis dan tetamu balik, Lin dengan Geng Kamie yang ada, apalagi buka buka buka..! ermm menbuka hadiah yang di beri oleh kawan-kawan semua..banyak jugak yang Lin dapat.
Terima kasih buat semua yang ingat dan sudi bagi hadiah, doa kalian je dah cukup memadai..:)


*Setelah 'buka' hadiah, Lin dengan hubby 'buka' sampul pulak, rezki Amat haritu, banyak jugak dia dapat..alhamdulilah.. :) Boleh la dia buat tambah menabung di SSPN..


*Detik jam 12mlm 21hb Nov bermula, semua masing-masing Lin nampak dah masuk tido, Kasawari & Family pun Lin tengok dah masuk bilik, Linda dah amik bantal dan pintu dah berkunci (tak terfikir pulak bilik air belakang boleh tembus ke dapur), Retna pulak katanya nak tido atas dengan Naz, Abang Ross pula yang Lin tau dalam bilik air, Shai pulak hilang kemana, itu yang buat hati tertanya-tanya, dengan segera Lin bangun nak tutup lampu depan.
Dalam berjalan ke dapur sambil tertanya-tanya, mana Shai ni,tempat tido dah dibentangnya, tiba-tiba SURPRISEEEE!! Wakenabeb!! hahahahahahaaha.... arghhh siot aje, oooo kowang dah rancang baek punya yek...huhuhuhu sabo je le aku...huhuhu


*Tengok tu, Cikgu Linda dah tak serupa cikgu, dah macam perompak ceruk dapur 6 jahanam tau kowang semua..hahahaha 
Terharu dan tersentuh dengan kowang ni semua, nasib kowang tak perasan air mata yang mengalir di pipi ku, ku tahan dari terus mengalir..arghhhh sungguh terharu..sob sob sob...huhuhu :((


*Inilah dia teman-teman, rakan-rakan, sahabat-sahabat, anak-anak dan juga hubby tersayang yang turut sporting menjayakan Surprisee untuk Lin nie..huhu takpe takpe, bak kata Shai, ada ubi ada batas, ada hari tunggu je nak membalasnya..hahahahahaha


*Syabass buat kowang yek..berjaya jugak kenakan aku ni yek..huhuhuhu
Ingatkan terlepas jugak wakenabeb ni setelah 2hari belalunya birthday aku..tapiiiiiiiiii AKUkenaBEB jugakkkkkkkkk!!!!!...Tungguuuuuuuuuu...ngeh ngeh ngeh..lalalalalal




P/S: Terima kasih buat semua, hadiah dan doa kalian buat Lin tak dapat Lin membalasnya, cukup sekadar ucapan terima kasih dan hanya Tuhan aja yang akan membalas jasa baik budi kowang semua..
"Friend's 4 Ever n Ever..Luv U Allzzzzzzzz.. muahhhhhh"


With Love

Popular Posts