Sunday, October 31, 2010
Nasib mata, kalau hidung?..
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 10:43 PMSalam semua...
Cuba fikir-fikirkan tajuk tu, nasib juga mata, boleh juga di ganti, tapi bukan mata betul le, cuma cermin mata, tapi nasib jugalah kan, buatnya hidung tu pun boleh tanggal?, nak ganti dengan apa? haaa itu le yang buat Lin ni dok membebel-bebel dengan anak Lin,Yana ni, cuai sangat, rasanya dah dekat 6 kali cermin matanya hilang dan ganti baru, konon-kononnya taknak pakai bila pergi sekolah sebab nanti tudungnya tak cantik lipatnya, pastu dia simpan lah dalam bag sekolah, bila dah hilang mulalah macam-macam dia kata tapi tengoklah, lagi menyusahkan diri sendiri ada, kelam kabut dibuatnya pergi bikin cermin mata baru, ye lah kesian pulak sebab kalau dia tak pakai memang tak nampak, rabun jauh dan dekat katakan, jadi memang keperluan untuk mata dia lah nak kena pakai selalu...huhuhu
Sekarang ni kan agak terkejut jugak ye bila lihat harga pasaran cermin mata ni, mahal jugak yek, bila promosi tu memang le dia kata murah, tapi bila dah siap dengan bingkai, cermin, power lagi, mak aii cecah jugak 4-500 ringgit tu..huhuhu aduhh lepas ni dah pesan, kalau hilang lagi, nanti mak gantikan dengan 'mata kucing' je..huhuhuhuhu
*Setiap kali buat baru, setiap kali tu jugak kena test power baru..bukan main turun, makin naik ada le powernya..huhuhuhu
*Purple tu..huhuhu adeii mak dia ni pun berkenan juga dengan bingkai tu tapi fikir 2-3 kali mau tukar..huhuhuhu
*Selesai buat cermin mata., permintaan Yana pulak, konon-konon teringin nak makan KFC..saje la tu kan..huhuhu nasib Yana yang belanja..hahahahahaah
*Hehehe lama tak letak wajah tuan punya blog..
Saje nak promote sikit, tudung tu Lin tempah jahit kat Jakel, jahitan Munawarah, kain beli kat Jakel, 1meter rm18..upah jahit rm16..ok ke? tapi 1meter dapat 2 helai...:) jahitannya sangat memuaskanlah, padan dengan harganya.. :)
P/S: Lin pun rabun jugak, tapi rabun silau dengan rabun jauh, dah banyak juga makan lobak merah tapi tak terang-terang jugak mata aku nie..nk try InnerShine pulak lepas nie...
Saturday, October 30, 2010
Petang 6 November lihat anak bulan Zulhijjah.
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 5:35 PMSalam semua..
Bila tarikh tengok anak bulan dah ada, maknanya dah dekat la nak raya haji pulak..rasanya baru je lepas raya kan, dah nak raya lagi...masa cepat betul berlalu..huhuhu
Terkini dari Kosmo Online
KUALA LUMPUR - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 Nov ini, bersamaan 29 Zulkaedah. Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Sementara itu, 30 lokasi di seluruh negara ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijjah, iaitu:
1. Pontian Kecil, Johor.
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor.
5. Pulau Angsa, daerah Kuala Selangor, Selangor.
6. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.
7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, selangor Darul Ehsan
8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak.
9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.
11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah.
12. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.
13. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.
14. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu.
15. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.
16. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.
17. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan.
18. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan.
19. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan.
20. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak.
21. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.
22. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.
23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.
24. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.
25. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.
26. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.
27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
28. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya.
30. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga.
P/S: Tak sampai sebulan aje lagi...Are you ready Amat????..hehehehehe
Dona Shi Big Apple..yummyyy
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 4:53 PMSalam semua...
Hurmm yummy, sedap gitu bila di gigit masuk mulut, walaupun ianya cuma donut saja, tapi ada kelainannya, dari segi luaran, bentuknya, dan isi dalamannya memang memikat mata dan anak tekak sesiapa yang makan..ermm kowang dah pernah cuba? sedap kan?...:)
Rasanya dah 3-4 kali Lin beli set Dona Shi ni, anak-anak memang suka, cuma harini Lin beli set kecil 9 ketul je sebab anak Lin,Amat takda, kalau tak Lin beli set yang sederhana 18 ketul, kebetulan badan tak sihat ni, tekak taknak makan, dari masuk angin baik Lin makan benda yang boleh masuk, jadinya tadi waktu gi Jusco cari beli barang, singgah kejap di Big Apple, ramainya orang harini, ada sale..huhuhuhu
Set kecil 9 ketul - rm11.
Set sederhana 18 ketul - rm20.
Set besar 28 Ketul - rm32
Nanti kowang pergi cuba la yek..:)
Dan yang ni pencuci mulut, maklum la owang tengah demam ni, makan minum nak yang sedap aje, huhu nak panjat pokok kelapa tak de kebun, jadi beli ajelah yang dah siap kat Jusco tu, janji air kelapa..
Bila perut dah kenyang, ubat pun dah makan, apalagi kejap lagi mahu membuta dan menidurkan diri, agak-agak tak nampak je online tu, maknanya tidur tak sedar diri lagi la ye..hehehehe
Bangun nanti nak makan eskrem potong pulak..hahahahah
P/S: Harini TERbuat nasi ayam pulak, dah le tengah diet tak makan nasi, adeiiii tau tadi buat soto ke, spageti ke..huhuhu nasib ko le tekak...
With Love
Friday, October 29, 2010
Terima kasih buat semua..
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 9:59 PMSalam semua..
Sempena hari Jumaat yang mulia ini, ingin Lin mulakan dengan bismillah dan di sudahi dengan alhamdulilah, buat mereka, teman, sahabat, kawan dan rakan juga saudara mara yang tahu semalam perginya abang ipar Lin,Zainuri Bin Omar yakni abang kepada suami Lin, telah kembali ke rahmatuallah pada jam 3pm lebih kurang gitu (tak dapat pastikan jam berapa) akibat sakit kencing manis dan angin akmar, menurut anaknya dah 2 kali ayahnya terkena strok yang mengakibatkan urat di kepalanya putus.
Dengan kelam kabutnya Lin terus balik ke KL semalam setelah dapat col dari anaknya, di sebabkan anak-anak semua tengah final exam, jadi Lin tak bawak mereka, tinggallah mereka urus diri masing-masing, anak-anak dah besar, tahulah mereka jaga diri di waktu emergency macam ni kan, mungkin kepenatan baru balik kerja jadi hubby pun tak la bawak laju sangat, akhirnya takde rezki Lin dan hubby tak dapat mengadap dan melihat kali terakhir arwahnya, jenazahnya selamat di uruskan dan di kebumikan, waktu derang col Lin baru je sampai kat Nilai, akhirnya Lin dan hubby terus aje ke Ampang, rumah anaknya.
Selesai semua tahlil ringkas, dan jamuan ringan, Lin dengan hubby terus balik ke Jb malam tu jugak, selamat sampai ke Jb dalam jam 3am lebih, balik tengok anak-anak semua ketiduran di kursi luar, kesian, takut punya pasal.hehehe
Lin ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas ucapan takziah dan doa buat arwah, baik di sms, facebook dan juga yang telefon sendiri, semuga doa-doa kalian mendapat berkat dariNYA..aminn
Al-Fatihah..
Bismillahirrahmannirrohim..
undanglah kami yg berkumpul di sini untuk memohon kedamaian bagi arwah yg telah pergi dr sisi kami ke tempat yg tidak terjangkau bagi kami kecuali olehMu.
Kumpulkanlah dia di bawah naungan sayapMu, diantara orang2 soleh yg telah dimakamkan di sini & dipersatukan dalam lingkungan jiwa2 yg berbahagia untuk selama-lamanya.
Puaskan dia dgn kenikmatan kekal yg berlimpah & kebahagiaan. Gembirakan dia dalam taman Eden dgn kemuliaanMu.
Biarkanlah dia memandang keagunganMu di antara orang2 kudus & murni yg bersinar seperti surga tanpa awan.
Biarkanlah dia tinggal dengan tenang dalam ketentraman & kedamaian agar dia bersinar dalam cahaya abadi.
Angkatlah dgn hormat bersama dgn jiwa2 yg saleh yg duduk di tangga tahtaMu.
Tuntunlah dia ketengah-tengah diantara mereka yg berdiri di hadapanMu.
Kami berdoa dalam namaMu, kami bersandar dgn janji2 yg telah Engkau ucapkan kepada kami.
Amin.
P/S: Arwah memang sangat rapat dengan Lin sekeluarga, kalau ke KL mesti bermalam di rumahnya tapi semuanya telah berlalu, mudah-mudahan keluarga juga anak-anaknya dpat terima dengan redha..:(
Wednesday, October 27, 2010
Amboi..lawan tauke nampak!..
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 2:46 PMSalam semua...
Dah makan? dah kenyang? dah tido? opsss jangan sebut tido, memang panas je dengarnya, ye la, waktu macam ni mana ada masa nak lelap mata, kerja hantar amik anak sekolah tak beres lagi, jadi kena la bersengkang mata dulu sambil layan tv dan tenet ni supaya mata tak mengantuk..huhuhu
Tengah duduk belek-belek blog ni, datang pulak si kucing Lin ni,LV...terngendap-ngendap dia, ntah apa dia cari, ke hulu ke hilir, tengok sana, pandang sini, bila Lin sergah dia, muka buat bodoh jek, pastu Lin saja je malas nak layan dia, Lin buat tak tahu jek, sekali rupanya nak cari tempat nak tidur rupanya..ermmm pandai ye nak tidur pun nak cari tilam yang empuk-empuk, bukan main lagi...huhuhu
*Dok terngendap-ngendap je si LV ni perhatikan Lin..ermmmm
*Wah-wah bukan main lagi ye mengeliat segala, macam penat banyak sangat le buat keje tu...
*Dah kenyang perut buncit, terus tido ye, kang bangun lapar makan lagi pastu tidur lagi..
*Tengok tu, dah lelap dah, saja je muka dia tu, kecik-kecik dah pandai panjat kerusi cari tilam bantal empuk ye, sekali aku hempuk kang baru tau..lawan tauke nampak!!!....
P/S: Kadang-kadang mereka lah penghibur di kala sepi, mereka lah peneman di kala sunyi..:) i lap muka u selalu..hehehehe
Kasihnya Ibu..Sayangkan anak?
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 12:32 PMSalam semua...
Harini begitu menguris dan kesal di hati bila membaca berita di muka-muka akhbar harini, semuanya berkisah perihal anak dan ibu, yang mana anak tak kenang jasa juga ibu tak sayang anak..huhuhu sungguh sedih sekali..
Dalam zaman moden ni kita tak boleh nak baca fikiran anak-anak2 zaman sekarang, tak sama dengan kita dulu-dulu, kalau setitik air mata ibu kita mengalir, terasa betapa besarnya dosa yang kita buat kan? inikan pula nak menumbuk ibu kita, siapa yang tak rasa hati bila dah namanya ibu tapi di perlakukan sekejamnya seperti itu, susah nak bayangkan betapa sakit dan merintihnya ibu, apa takde otak ke si anak itu? kerana di sebabkan lewat membuat persiapan perkahwinan sanggup dia tumbuk ibu kandungnya..*gila nak mampos* memang tak cium bau syurga la, moga-moga masih ada 'pintu' untuknya, insaflah..huhuhu
Korang baca dan renung-renungkanlah...
Ibu koma kena penumbuk anak
Oleh HAMZAH SARAH
berita@kosmo.com.my
berita@kosmo.com.my
KEMAMAN – Seorang juruteknik Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) Kerteh boleh dianggap sebagai Si Tanggang moden apabila tergamak menumbuk ibu sendiri sehingga koma gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu yang lambat menyiapkan persiapan perkahwinannya.
Kejadian kira-kira pukul 1 petang di Kampung Mak Cili Paya di sini Ahad lalu itu berlaku ketika mangsa, Azizah Deraman, 47, didatangi anaknya yang mempersoalkan mengenai kelewatan persiapan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada 6 November ini. Difahamkan, suspek yang berusia 25 tahun tiba-tiba naik angin sebelum melepaskan tumbukan ke arah muka ibunya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, tindakan biadap suspek itu menyebabkan mangsa terjatuh sebelum mukanya tersembam ke meja.
Yang kes di bawah ni pulak, perihal seorang ibu yang mungkin di rasuk atau sebaliknya hinggakan dia sanggup mencekik 2 orang anak kandungnya sendiri..ermm tak tahu nak cakap apa puncanya, mungkin sebab dalam keadaan tak sedar atau mungkin juga atas sebab-sebab tertentu hingga si ibu bertindak begitu, jika betul tidak dalam keadaan sedar, masih dapat di terima, tapi kalau atas sebab-sebab yang tak masuk akal, susah nak kata, takkan ibu takde perasaan dan kasih sayang kepada anaknya? takkan bersalin tu tak sakit kot? ishh susah la nak kata..no komen..huhuhuhu
Korang baca dan renung-renungkan..
Ibu cekik anak hingga mati
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Shamsul Munir Safini
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
GOMBAK: “Isteri saya mula meracau seolah-olah diganggu makhluk halus, Khamis lalu dan selepas dibawa berubat, dia seperti sudah pulih. Tak sangka pula penyakitnya berulang sehingga begitu teruk sekali.”
Demikian kata Sathia Selan, 32, yang kehilangan dua orang tersayang serentak selepas isterinya, S Komagal, 30, mencekik anak perempuan mereka berusia empat tahun sehingga mati sebelum membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 flat yang mereka duduki di Batu Caves jam 10 pagi kelmarin.
Sathia yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kenderaan berkata, dia tidak sangka tragedi itu boleh berlaku berikutan isterinya ditinggalkan dalam keadaan normal sebelum dia keluar bekerja pagi kejadian.
“Kehidupan kami sekeluarga sebelum ini cukup bahagia sebelum dia diganggu makhluk halus Khamis lalu dan mula meracau dengan mengeluarkan perkataan tidak difahami. Dia juga cuba mencekik anak kami, namun berjaya dihalang.
“Jumaat lalu saya mengambil cuti dan membawanya berubat dengan sami. Selepas itu dia kembali normal. Sebab itulah semalam (kelmarin) saya keluar bekerja dan meninggalkan dia bersama tiga anak kami,” katanya.
Menurut Sathia, anaknya yang mati dicekik isterinya ialah Ukuneswaray berusia empat tahun manakala dua lagi anaknya ialah Teneswari, 6, dan Thaneswaren, setahun.
Sumber polis berkata, yang dipercayai mengalami ‘gangguan’ secara tiba-tiba bertindak mencekik anak keduanya di depan dua anak lain.
“Anak perempuannya yang berusia enam tahun yang menyaksikan kejadian itu menjerit meminta tolong hingga menarik perhatian jiran. Menyedari jiran datang, wanita itu yang tinggal di tingkat lima melarikan diri ke tingkat 11 sebelum memanjat tembok dan terjun membunuh diri,” katanya.
Menurutnya, anaknya yang dicekik itu dalam keadaan tidak sedarkan diri segera dibawa ke klinik berhampiran, namun disahkan meninggal dunia kemudian.
Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian dan memaklumkan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
P/S: Syurga di bawah tapak kaki Ibu..tiada penganti yang dapat mengantikan kasih sayang seorang ibu yang sebenarnya...Ibu kaulah ratu hati ku..
With Love
Tuesday, October 26, 2010
Ciri-ciri kita dah makin tua..
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 11:10 AMSalam semua...
Hahaha mengong betul pagi-pagi ni, bukannya dah tak waras tapi gelihati jantung di buatnya bila membaca email seorang teman Lin ni, aduhh gelak sorang-sorang di buatnya Lin tadi, mananya tak sekali bukak tengok tajuk, ingat nak baca dan nak tau gak ciri-ciri nak tua ni, sekali bila dah baca, aduiii gelak macam orang tak betul di buatnya..hahahahaha
Tapi kan, bila di baca dan di fahami lagi di renungi, ada jugak betulnya tu..iyee tak percaya ke? korang baca sendiri yek, lepas tu 'lu fikir le sendiri'..hahahahaha
*Sumber dari eamil seorang rakan.
*Gambar patung barbie bila usia 50tahun..ermm masih kekal cantik kan?..
*Gambar dari en.Google.. *.*
1. Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca.
Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit.
2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr!!!! masuk.....!!!
Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas...baru
masuk...
3. Dulu, masa tidur menhadap muka...rapat-rapat,
sekarang berlaga punggung saja... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....
4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag
ke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...
5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, sama
brand....sedondon...
Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!"
6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron
tudung...pakai tudung....
Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tu je la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tenagok dia...hiyyyy!!!
Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)
7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping,
sekarang...tunggu dlm kereta je. Kejap-kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?"
8. Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali...,
sekarang, kalau dapat 12bulan sekali pun kira hebat juga...
9. Dulu, menunggu pun dah keras....
sekarang, menunggu nak keras...
10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgn
pakai apa-apa.
Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka
juga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?"
Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit.
2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr!!!! masuk.....!!!
Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas...baru
masuk...
3. Dulu, masa tidur menhadap muka...rapat-rapat,
sekarang berlaga punggung saja... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....
4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag
ke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...
5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, sama
brand....sedondon...
Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!"
6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron
tudung...pakai tudung....
Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tu je la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tenagok dia...hiyyyy!!!
Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)
7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping,
sekarang...tunggu dlm kereta je. Kejap-kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?"
8. Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali...,
sekarang, kalau dapat 12bulan sekali pun kira hebat juga...
9. Dulu, menunggu pun dah keras....
sekarang, menunggu nak keras...
10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgn
pakai apa-apa.
Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka
juga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?"
P/S: Kakakah..agak-agak korang, ciri-ciri yang mana korang rasa korang dah hampir tua? hahahaha
With Love
Monday, October 25, 2010
TQ Kak Ina KL, Aku menang tempat ke-4..
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 7:48 PMSalam semua...
Yehaaaa...aku menang! aku menang! lalalala aduh tak sangka boleh menang ni, teruja sebab buat pertama kalinya ikut contest kat blog ni, dan tak sangka juga boleh menang walaupun tempat ke-4, syukur alhamdulilah...:)
Contest dianjurkan oleh Kak Ina KL, sapa yang tak kenal dia tu, memang femes di kalangan blogger chef ni, jadi untuk menghargai semua pembaca blog dia, Kak Ina adakan contest sempena hari raya yang lepas yang bertajuk Contest-Gambar KenanganOpen House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) Kak Ina KL.
Lin sekadar ingin mencuba nasib je, mana tau kan ada rezki dan untung nasib boleh menang, hadiah-hadiahnya pun lumayan..
Cari punya cari gambo, akhirnya Lin hantar juga penyertaan Lin,
Dan harini Kak Ina dah umumkan pemenang-pemenang saguhatinya, pheww tunggu punya tunggu, berdebar-debar nak tau, akhirnya tak sangka penyertaan Lin menang tempat ke-4..
yeszaaaaaaaaa...teruja sehh buat pertama kali..huhuhu, jadi lepas ni boleh la mencuba-cuba contest yang lain pulak..:)
P/S: Terima kasih buat Kak Ina dan yang terlibat yang telah mengadili dan memilih Lin sebagai pemenang tempat ke-4 juga menganjurkan contest ni, tak lupa buat penaja hadiah-hadiah semua, lain kali ada lagi, boleh cuba lagi.. :)
With Love
'Hantu' pakai telefon bimbit?
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 3:03 PMSalam semua...
Whooaaaa takutnyaaa...fakta ke atau auta ni? ermm tapi memang fakta, sahih dan benarnya kenyataan tu, korang dah baca? aduh korang takut tak? ye la tup-tup bunyi telefon pastu takde suara kedengaran cuma bunyi aneh je yang di dengar, haaa camne? pastu nampak pulak gambar ala-ala hantu kelembai ke, kuntilanak ke, pontianak ke, korang tak takut ke?..
Kalau Lin la yang terkena, memang tercampak le telefon tu, tak kira la telefon mahal ke murah ke, memang panik dan takut di buatnya, huhuhu amboiiiiiiii cakap besar ye korang, sekali kena kang baru korang tau...huhuhu
Tak percaya? mungkin kejadiannya bukan di sini tapi tak mustahil kan?..Jom kita baca artikel ini dari Kosmo Online.
LONDON - Seorang penyiasat paranormal, Phil Hayes percaya hantu kini menggunakan telefon bimbit untuk berkomunkasi, lapor sebuah akhbar kelmarin. Menurutnya, panggilan yang dibuat oleh hantu itu selalunya mempunyai suara tidak jelas dan didengar sayu--sayup seolah-olah dari jarak terlalu jauh. Sembilan daripada sepuluh panggilan yang dibuat oleh hantu itu mempunyai nombor 000000000000.
Statistik menunjukkan dua pertiga daripada fenomena paranormal itu menampilkan bunyi dengan 20 peratus melihat imej hantu dan 15 peratus lagi berdasarkan bau. Satu penyelidikan terbaru menunjukkan satu daripada tiga rakyat Britain mendakwa melihat jelmaan hantu dalam gambar atau merakamkan imej paranormal menerusi telefon bimbit. Kajian yang dilakukan oleh syarikat Tesco Mobile mendedahkan terdapat 70 peratus peningkatan bukti paranormal pada tahun lalu disebabkan oleh orang ramai menggunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi.
Lebih separuh daripada warga Britain mendakwa pemilik telefon bimbit cuba merakamkan gambar hantu tetapi seorang daripada lima orang mengaku mereka akan menjadi takut dan melarikan diri apabila ternampak hantu. Hayes berkata: "Terdapat bukti yang menyatakan bahawa hantu boleh menggunakan telefon untuk berkomunikasi, dengan terdapat laporan-laporan orang ramai menerima panggilan telefon daripada saudara yang telah meninggal dunia."
Ketua Pegawai Eksekutif Telsco Mobile, Lance Batchelor berkata: "Kami mencadangkan kepada sesiapa yang cukup berani untuk merakamkan sebarang gambar hantu supaya menghantar mesej perkhidmatan multimedia (MMS) atau e-mel gambar yang dirakamkan mereka kepada persatuan paranormal untuk dilakukan siasatan." - Agensi
P/S: Pelik kan, canggih sekarang ni, kalau dah hantu pun tau guna telefon bimbit, ermmm lepas ni 'hantu' pun ada FaceBook tau..hahahahaha
Agak2 telefon bimbit jenama apa yang hantu tu pakai yek?..hehehehe
Nak kurus? Sendiri mau ingatlah..
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 8:18 AMSalam semua...
Kuang kuang kuang...ada yang pagi-pagi ni makan hati dengan tajuk tu kan? opss sori tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati okey..:)
Siapa yang taknak kurus kan? semua orang inginkan badan yang langsing, ramping dan cekeding, orang Indonesia kata 'kerempeng'..hehehe
Tapi kalau nak kurus bukan mudah, kena disiplinkan diri sendiri dari segi pemakanan, jangan main melantak je sesuka anak tekak, itu bukan mudah nak kurus, lagi senang naik adalah, bukannya tak boleh makan, boleh...cuma makan banyak tapi dalam kuantiti yang sedikit, faham? lebih kurang macamni la, pagi sarapan, kowang makan sekadar alas perut, tengah hari pulak, makan makanan yang berat sikit, mee goreng ke, nasi ayam ke, bubur nasi ke, nanti petang korang minum pulak minuman tambahan contohnya oat ke, nestum ke, atau pun roti, jadi nanti malam perut tu dah kenyang tak payah ambil makanan berat lagi, memang makan malam lah yang mempercepatkan naik berat badan tu, sebabnya waktu malam, bila perut dah kenyang, kita terus tidur jadi sistem penghadaman dalam badan tak bekerja, siapa yang nak kerja malam-malam tu, korang pun syok tidur kan?..hehehehehe
Yang penting kena bersabar, takde ubat yang kita makan terus nampak kesannya, azam mesti kuat, sekarang ni pun dah macam-macam makanan diet jual kat pasaraya dan farmasi, nak tak nak je lah korang cuba, ikut kemampuan aje lah kalau nak membelinya, jangan makan dan beli yang memudaratkan diri sendiri, biar ikut diet yang sihat baru lah kesannya nampak berkekalan, nanti salah makan ubat, tak pasal-pasal, masuk muka Metro muka depan..hehehehe
*Dan yang ni adalah pemakanan dan minuman harian Lin, sekarang mr.hubby pun dah cuba-cuba nak menguruskan badan dia, semalam pergi Tesco beli untuk dia punya, nak bawak ke ofis, kan dah kata, kena ada azam baru boleh nampak kesannya, target kena ada, jangan lupa timbang dulu sebelum memulakan diet, bukannya apa, nanti tak tahu pulak turun ke makin naik ke badan tu, tak pasal-pasal marahkan ubat yang di makan pulak..huhuhuhu..
Selamat berdiet..*.*
P/S: Alhamdulilah target diet permulaan Lin sekarang telah tercapai, sekarang terus berdiet untuk mencapai target yang ideal.. :) yehaaaaaaaaa
Sunday, October 24, 2010
Pisang oh Pisang..
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 2:00 PMSalam semua...
Hurmmm pisang oh pisang..ishh apa aku nak buat dengan pisang ni ye?
Sampai termenung kat dapur di buatnya tadi memikir apa yang di buat dengan pisang ni, bukannya apa sebab semalam dah di buat cekodok, bakinya di buat lempeng, ni ada lagi 1sisir yang tinggal kat dapur tu, adeii naik kembang dok makan pisang pisang pisang..huhuhu
Kek? ermm kat rumah ni tak layan kek pisang, muffin? ye ye mungkin nak buat muffin kot, tadi dah belek2 respi sana sini, hehehe nak cari yang senang dan mudah je, malass nak buat yang banyak karenah..hehehe
Nasib baik le uma CMG tu jauh, kalau dekat aku hantar je rumah ko mat, dah siap nanti aku datang makan aje..hahahahaha....
*Eeee kalau hari Ahad, kena pulak hujan, mulalah perut ni berbunyi semacam jek, huhuhuhu..
Hujan2 ni dapat minum cendol pun sodapppp..yum yum yum...:)
P/S: Bila rajin serba serbi boleh jadi, bila malasaaa...ermm nak pegang sudip pun tak larat..kan kan kan.. :p
Saturday, October 23, 2010
Sibuk dan menyibukkan diri..
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 8:38 AMSalam semua...
Selamat berhujung minggu semua, apa plan hrni? ye la hrni kan cuti, so mesti ramai di luar sana tu dh plan nak bercuti2 dgn anak2 dgn family dgn kawan2 ataupun dgn kekasih kan..heheheh
Bestnya klu dpt bercuti kan, Lin? ermm hrni adalah hari ganti sekolah bg anak2 Lin, so mcm biasa la rutinnya tu, tp hahaha nasib apa ntah tido sampai tak sedar, last2 anak Lin,Amat tak sekolah hrni, tup2 bangun tgk jam dh pkl 6.50am, ermm faham2 aje la klu dh lambat..malassssssss..
Tghri plk mmg bizi sangat2, anak Lin,Yana ada sekolah ganti jugak, lepas hantar dia tu Lin nk ke Kempas ada jemputan Yassin sempena keberangkatan Mak Hanim ke Tanah suci Makkah, tak dpt pergi kita amik berkat peluk cium dia jd la kan..kot2 didoakan kita, insya'allah dpt juga jejakkan kaki ke sana..aminnn..
Balik dr sana, ingat nak ke rumah Mak, byk urusan nak di uruskan, mcm2 benda nak prepare, ada mjlis akan berlangsung nanti, so byk persipan nak kena buat, takkan nak harapkan mak Lin sorg, Lin anak yg sulung so kena amik byk part dlm nk uruskan semua, adik2 yg lain semua sibuk dgn anak masing2 so tak dpt le nak berlenggang2 mcm Lin ni..huhuhu
So untuk hrni dan esok, insya'allah ada masa nanti Lin update oke..byk cite nak cite, cuma tak berkesempatan dek terkejar masa ni.. :(
Mr.hubby pun bizi dgn kerja dia, lagi le xde time nak bwk anak jalan2, lagipun anak2 tgh exam, so mmg tak de masa ok nak bersantai2 ke sana ke sini...study hard 4 the exam ok!...
Okey..jumpa lagi di lain entry okey...
"Selamat berhujung minggu buat semua."..
P/S: Ermm bila hujung minggu ni mulalah tekak ni mcm2 nak makan, pagi ni je teringin mau makan cekodok, tp bahan2 takde plk, adeii malsnyaaa nak ke kedai..huhuhuh
Makan roti cecah kari smlm aje la..hahahahahaha.
Friday, October 22, 2010
Bertemu Nenek Unique Beads.
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 2:15 PMSalam semua...
Harini lambat bersiaran, hehehe, pegi mana? buat apa? hahahahaha
Mmmg soklan maut tau, mentang2 la surirumah, pantang je keje siap mulalah kaki tu panjang je langkahnya, hahaha, mana lagi kalu tak terjah menerjah uma owang pagi2 buta..hehehe
Hrni Lin, Wana, Midah & Anna pi serang uma Kak Fiza a.k.a Nenek Unique beads tu, yg kelakar dn terkejut tu, dok tanya2 kat mana rumah kak Fiza tu, rupanya rumahnya tu la selalu Lin dok parking depannya tggu anak balik sekolah, kat Taman Uda Utama..hahahaha mmg lawak2 kecik betul la dunia ni kan.. :)
1st time jumpa Kak Fiza ni, selalu jenguk2 blog dia, saje dok tgk jehitan manik dia, walaupun Lin x berapa minat menjahit manik ni tp suka tgk hasil krestif derang nie, tak kira sapa semua Lin masuk, sbb tu bila derang ni borak blogger beads ni, kebanyakkannya Lin kenal..hehehehehe
*Dah dtg uma owang pagi2, so Kak Fiza hidangkan roti canai dgn nasi lemak, Lin makan roti canai je, sori nasi tak makan okey!..hehehehe
*Yg kiri tu Wana, dia mmg dh kenal la dgn Kak Fiza ni sebab sama aliran dan sama2 pergi berguru belajar manik, ishhh pagi2 kita dah dok ngumpat ek..hahahaha opssssss
*Bukan main tekun pasang telinga si Anna(kiri) tu bila mendengar Kak Fiza(kanan) terangkan pasal manik tue..mmg orang lama kerja tangannya teliti.
*Ooo Wana, manik tu tak boleh makan, ko jgn tenung lama2 kang ilang sebijik kena ganti 10 bijik..mahal tu wooo..hahahahaha
Mmg sesungguhnya persahabatan dr dunia cyber ni membawa kegembiraan dan keceriaan jika kita bersikap ikhlas dan jujur dlm bersahabat, klu kita ego meninggi diri dn lupa dr mana asal usul kita, nescaya mmg tak kekal la persahabatan kita.. :)
*Kepala dok mikir kain baju kat rumah selonggok tak berlipat lagi..arghhh malassssssssnya....huhuhuhu
P/S: Tak sangka sampai ke sana pun ada juga keluar dr mulut mereka pasal Cik Mat Gebu..femesss gitu..hehehehe
With Love
Thursday, October 21, 2010
Asam pedas STRESS!!
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 12:03 PMSalam semua..
Arghh mmg stress...dr mana dtgnya stress?? lu fikir la sendiri..huhuhuhu
Pagi ni mmg mood terus xde, hal yg berlaku smlm, mmg menguji tahap kesabaran aku, tp bila hati dn jiwa dh meluap2 mcm asam pedas tgh mendidih, jdnya hrni semua aku luahkan dengan memasak asam pedas cili api berapi, biar sapa yg makan akan terasa pedasnya sepanas hati aku...huhuhu hanya aku dan 'dia' saje yg mengetahui..
Semua owang akan rasa stress, tak kira la di rumah, di tempat kerja, di mana2 aje klu ada yg tak kena mmg boleh jd stress, sapa yg tak pernah rasa stress, mmg penipu le gamaknya..:p
Asam pedas ayam bercili menu untuk hrni Khamis 21102010..layan je la..Stressssssssss!!!!!
*Maaf le, mmg takde respi khas untuk asam pedas ni, sbbnya main lebur dan campak je semua bahan, mcmmana pedih dan panasnya hati aku smlm, mcm tu la pedasnya asam pedas nih..
Mau cuba ka? mai sini rumah, tolong picit kepala aku dulu...hahahahaha
*Ni Laksa Penang Midah, tiap2 hari Rabu Midah berjualan kat Pasar malam rumah Lin nih, mmg ada powerr sehh Laksa Penang dia, pulak tu smlm ada menu tambahan Soto ayam, perghh lagi mengancam...rugi aku beli 2 jek smlm..huhuhu
Nasib baik masa makan laksa Penang ni aku belum stresss..klu dah stress..dgn laksa ni skli aku tak layannnnnnnnnnn....huhuhuhu
P/S: Selagi namanya hidup, selagi tu la masaalah ada jek yg menguji...
"Hanya pada MU Tuhan aku berserah, kau tabahkan hati ku, kau kuatkan iman ku untuk menghadapi segala ujian dr MU ini Ya Allah..Aminnn"
With Love
Wednesday, October 20, 2010
Jerebu ke Kabus?
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 12:16 PMSalam semua...
Jerebu ke kabus? Jerebu kan? tempat kowang camne? sama eh?..
2-3 harini Lin tengok mcm mendung je cuaca tp panas, pastu mata pedih jek, ingat nak kena sakit mata, sbb tgh musim gak ni sakit mata, tp bila baca paper yg ada mengatakan jerebu dh melanda, adeiii ptut le pandangan mata tak jauh dah, ingat rabun naik lagi, sbbnya bila ptg Lin bawak kereta dah kena pakai cermin mata dek kerna tak berapa jauh luas pandangan ke depan, rupanya mmg jerebu la..ermmm
Jadinya kita jaga kesihatan, byk2 minum air, kalau sapa2 ada alahan tu, pakai baju lengan panjang, kang gatal2 pulak kulit tu..di sini Lin nak kongsi nasihat info pasal jerebu..
Info/nasihat dari Info Sihat.
Berita jerebu yg teruk melanda di Muar, klik sini Utusan Online.

Panduan Kesihatan Untuk Anda
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
- Pembakaran Secara Terbuka
- Asap Dari Kilang
- Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui status kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
Nilai IPU | Status |
| 0 - 50 | Baik |
| 51 - 100 | Sederhana |
| 101 - 200 | Tidak Sihat |
| 201 - 300 | Sangat Tidak Sihat |
| 301 - 500 | Berbahaya |
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.
JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
- Kanak-kanak
- Orang tua
- Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan - Perokok
- Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tenda-tanda dan gejala tersebut.
CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
- Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
- mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
- Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
- Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
- Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
- Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
- Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
- Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
- Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
P/S: Entry untuk harini 20102010...Nice date kan?.. ada yg special ke? ....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Salam semua.. Hari ni nak berkongsi madah kehidupan buat pedoman untuk kita..Lin suka membacanya..ada yg terkena dan mengena dalam diri ki...
-
Assalamualaikum wbt... Selamat Hari Raya..hahahahhaa sengal betul budak Sis-Lin ni tau! hahahahahah Kowang jangan gelak2 dan sambil lewa bu...
-
Salam semua.. Hehehe mcm dah nak raya je kan, tp betul le, ...
-
Salam semua.. Masih ingat dgn edisi 'Madah-madah kehidupan' entry Lin yg terdahulu? ermm ok kali ni, Lin nak berkongsi plk koleksi madah-ma...
-
Assalamualaikum wbt.. 'Selamat Hari Raya' opsss terlebih sudah! ha ha ha Feel raya sudah mari woo, sana sini dah mula buat tempahan biskut,...

















2 Orang Komen Links to this post
Labels Anakku, Dunia Ku