Tuesday, June 29, 2010
Makan malam & waktu malam.
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 11:02 PM*Burung puyoh masak halia, smlm masak goreng kicap..hehehehe
*peneman di kala kesepian..huhuhu asyik dia je yg ngadap kita tido..hahahahaha
Salam semua...
Arghhh buhsannya menghitung hari demi hari ni, nsb tak kira bulan, cuma masuk bulan baru ada le..huwaaaa lamanya la lagi hubby nak balik nie..miss sangat2 kat dia, ntah la, bukan selalu x pernah kena tggal, tp kali ni lain sikit, sbbnya, x boleh nak col, nak sms pun pending, hubby Lin pi offshore tgh laut, so line x clear mau col2 nie, email2 aje la..huhuhuhu
Alhamdulilah..hrni masuk hari ke-2 Lin berpuasa ganti di bulan Rejab, mcm2 dugaan dan ujian, eh kowang ingat sama ke berpuasa mcm kita berpuasa di bulan Ramadhan? uishhh tidak, ujian dan dugaannya lagi hebat, mana yg dgn cuaca panas, tekak yg dok kering je, tgk anak2 makan eskrim pun leh jadi gaduh, ni kan plk dengar kawan2 ajak ngeteh, ayoooo mau maut anak tekak ni bertahan..huhuhuhu
Tp takpe, jika ada niat pasti semuanya berjalan lancar...tp pelik kan..apsal aku yg pose tp bateri kete yg weak? eh dia pun pose gak ke..hahahahahahaha
Nampak itu menu di atas? hehehe saje mau bikin panas, tp x le sepanas blog Mat Gebu, siap le sapa2 yg gi blog Mat gebu, silap ko tanya dia soklan ada kena fire ultraman kang, hahahahahah dia tgh hot se hotnya kat majalah 'Saji' tu..huhuhuhu apa citenya? ermm kowang baca sendiri kat blog dia yek...:p
Ok balik pd cite, dh 2 hr Lin masak menu burung puyuh, tekak nak layan, so layan aje le, janji bukak selera, tp bila tiba waktu malam, mmg tak terlayan, adeii rindu mula menjelma, sayang mula terasa, rindu dan sayang kat hubby mula le mendadak naik, yg ada, lappy kesayangan hamba..huhuhu dia le peneman di kala kesepian, kalo xde dia pun susah gak, takkan nak bwk tv 42'inch aku tu dalam bilik, x sesuwaiii langsungg okay!..huhuhuhuhu
P/S: Ooo awak..kita perlukan awak di waktu malam begini..huhuhuhu kalo la awak dok sebelah uma kita..huwaaaa
Monday, June 28, 2010
15 Rejab dah yek..
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 12:08 AM
Salam semua..
Mari renung2 kan, dan selamat beramal..
Insy'allah sampai hajat, Lin nak ganti pose yg lalu mulai harini, ada 6 hari lor..huhuhu mudah2 han di permudahkan, ye la bukan senang mau pose kalo bukan bulan pose, mcm2 dugaan, yg penting niat mau ada yek..huhuhu
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do’anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi
Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka
Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga
Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur). Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun! dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yangmeminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Ti! ap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: “Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar) Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. REJAB bulan menabur benih. SYA’ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA’ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA’ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
P/S: Harini 15 Rejab..Lin dh mula ganti pose untuk 6hr..insya'allah..kowang dh ganti pose ke?
With Love
Sunday, June 27, 2010
Yassin & Makan
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 10:01 PM
*Effa andam dan juga Midah..hehehe senyummmm :)
*sambil tggu Amat smlm dlm kete, sambil pose tangkap gambar sendiri..hahahahaa
Salam semua...
Hai hai hai...apa khabar semua? moga sihat2 aje yek..ermm rasa sekejap je cuti hujung minggu nie yek, bru nak merehatkan diri, tp esok dh mula bersekolah dan bekerja menjalankan rutin seharian..huhuhu apa nak buat tanggung jawab kan.. :)
Ok la, mcm biasa klu hari Sabtu Lin agak buzy sikit, Sabtu smlm Lin pagi2 dh keluar hantar anak Lin, Amat ke sekolah, ada Orientasi Kokurikulum kt sek, dr jam 7.30am hgga kul 2pm, lepas hantar anak ke sekolah Lin balik siap2 mandi terus ke gelanggang badminton, saje nak ilangkan kerinduan kat hubby dan buhsan, so melayankan perasaan aje di gelanggang,huhuhuhu main dlm 1 jam je, yg ada cuma mamayatie, Mega, Juhara, Dr Jumiah dan juga kakak Yatie, yg lain2 mungkin tido lg kot kt uma..hahahahaha
Abs 1 jam Lin terus balik tp sggh pasar Perling jap, teringin nak makan tulang, so beli la dlm 1kg je, buat sup, sampai rumah terus merebusnya, bukannya apa, Lin masak awal2 senang, nanti kul 2pm nak pi Yassin plk, sian plk kt anak2 nanti kelaparan..
Dlm pkl 2pm Lin amik anak dulu, tggu punya tggu dekat kul 2.30pm bru anak2 semua keluar, kelam kabut terus ke uma Kak Radiah kt Tmn Nusa Indah tu, Effa dan Midah Lin tumpangkan, senang sekali jalan, sampai sana, semua dh menunggu rupanya..maaf lambat yek..hehehehe
Selesai Yassin mula le seisi makan dan makan, aduhhh cmne le nak kurus nie..dok makan makan dan makan..mmg dh naik 1kg ni berat badan, aduhhh cmne nie..huwaaaaaaaaaaa
Esok dh pasang niat nak puasa ganti 6hari ni, kebetulan esok 15 Rejab, mmg elok2 bebenor le tuh kan...huhuhuhu moga2 niat di sampaikan le yek..:)
P/S: Terima kat kawan2 yg hantar makan smlm, rezki org kata, penuh 1 meja makan smlm kawan2 hantar makan..alhamdulilah... syukur..

Saturday, June 26, 2010
menJOLOK dan terJOLOK
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 6:05 PM*Cara-cara nak membuat galah jolok..hehehe..potong botolnya dulu..
*Tu si mamayatie tu tukang amik gambo nak masuk youtube ke? muahahahaha
*Kuang3x...baik2 nak bt batang jolok itu buah, last2 aku jugak yg panjat dek kerna Yatie gan Ana tu pendek..hahahahahha *jgn mare*
* Yeahh inilah dia buah kedondong dr kebun kecil Lin, dapat jugak la kawan2 merasa hasilnya.
*Tak rugi berbudi pd tanah, inilah hasilnya..cuma jgn makan budi nnti tergadai bodi..hehehehe
Salam semua..
Adeii buzyyy nya la kita ni, dh mcm ultraman nk menyelamatkan bumi..hahahhaha
Sori la kawan2, bukannya leka dn lupa dgn blog sendiri tp masa tu yg tak mengizinkan nak duduk depan lappy ni, sekejap2 depan FB ada le..hehehehhe
Kelmarin ptg Lin dgn Ana pi keluar ngeteh, kebetulan ptg tu mamayatie nak dtg hantr dalca, so balik je sampai rumah, mamayatie dh pun kt depan pagar rumah, skli mau amik betik muda bt sayur bening, maklum le uma Lin ni klu mau makan lauk cmtu, xde kawan, takat nak makan sorg je malass ar nak masak, baik mntk mamayatie masak boleh di bagi2 kan sesama kan..
Pokok dh le tinggi, nk menjolok tu satu keje, so konon2 nya Lin, Yatie gan Ana tu nak membuat batang galah le nak menjolok itu buah, tp x sampai jugak batang tu, nak jd cite, Lin panjat le itu pokok, dh mcm 'beruk' plk rupanya..hahahahaha ni Yatie gan Ana le punya keje ni, siap gelak2 kan plk yek..huhuhu
Nsb Lin x gedebuk jatuh kebawah, klu tak abs le sapa mau jawab..huhuhuhu
Akhirnya dapat juga itu betik turun ke tanah, dpt le 3 bijik, kedondong pun petik mana yg dh matang je, dpt le bagi2 kt kawan2 semua rasa..
Ok le..nanti Lin sambung cite lagi yek, ni bru balik dr Yasinan, letih ni, jap eh.. :)
P/S: Ehem ehem..Tie ko jgn lupa sayur betiknya,jgn2 dh masak plk betik tu..hehehehhe
Wednesday, June 23, 2010
Udang geragau mengigau?
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 6:51 PMSalam semua...
kekekeke nom nom nom..entry makan lagi..muahahahaha
Nasib le, ikut suke hati kita le, biasa owang kata klu tgh marah mmg asyik nak makan jek, mmg betul kot, klu dpt Lin makan owang bt hati panas ni lagi bagusss..hahahahaha kasi gigit dia punya tuuuuut..hahahaha
Ok le, mai sini kita bkk cite lain, kelmarin Lin sggh le ptg tu ke kedai Tmn Bukit Indah 1 sana, skli ada plk nmpk jual udang geragau ni, klu bt cekodok sedap jgk kan, ingtkan smlm nak btnya tp dek bz sikit ptg smlm merayap, x jd le, malamnya plk dh ke rumah kwn Lin,Juhara dh sampai pkl brp menyembang..simpan aje le udang tu dulu..hehehe
Dek kerna x jd nk masak jemput2 udang geragau tu smlm, hgga bawak ke mimpi tido, dok ngigau pi menjala udang tu..hahahah agknya tido dgn gaya2 nya kot menjala, nsb hubby tido kayu hahahahahaha
Akhirnya hrni dpt jugak bt itu cekodok udang geragau, tp sebenarnya ada cite dgn ini cekodok, hrtu makan kt uma kwn hubby, siap Lin tanya sedap jemput2 tu, letak apa ek, rasanya rangup bila makan, klu Lin bt mcm liat2 gitu, tp x le sampai x boleh makan, cuma yg kwn hubby punya tu mmg lain bebenar, so dia bg petua le,heheheh kepoci betul kan mak cik ni, siap nk tanya2 owang..hahahahhaa
Rupanya klu nk bikin cekodok a.k.a jemput2 kita tu rangup, kita simpan tepung gandum tu dlm peti ais, tp bkn tmpt beku, kang keras bedengkang plk, pastu nnti nk bancuhnya guna je air suam biasa, baru le rasa kerangupannya, so hrni Lin cuba petua tu, mmg betul ranguppppppp crispy....x caya? kowang cuba le sendiri, klu x jd gak? ermmm maknanya kowang x reti masakkkk lor..menggoooonggggggg..! hahahahahaha
P/S: Ni ada lg baki cekodok, sapa ek aku nak kasi bt ujikaji lidah bg rasa cekodok ni..hahahahahah
Durian o durian
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 3:57 PMSalam semua...
Hehehe nom nom nom lagi..hahahaha makan aje le entry hrni ek..kekekeke
Sebenarnya citenya hrni secara kebetulan aje, pagi td, Lin ajk kawan Lin,Anna teman pi Jakel cr kain pasang utk anak, so pegi la sarapan dulu, pastu bru la gi cari barang, tp takde yg berkenan, semua corak2 mcm abstrak, x sesuai utk anak2 le..eeeee
Balik dr Jakel sggh ke Klinik Dr Jumiah ada hal sikit, depan klinik tu ada la owang jual durian, so dgn x di sengajakan ternmpk le harganya sebiji rm1..apalagi dgn muka selamba badak nya, Lin dgn Anna pi terjah, ingt nak makan je kt situ tp skli budak2 jual durian tu offer amik semua dlm bakul rm20, terkejut le kan, kok murah sangat, tp duriannya kecik2 je, ala2 owang pggil kucing tidur eh?..tp sedappp kulitnya belum pecah lagi..pahit2 manis rasanya..
Bila dok masuk dlm karung tu, ada dekat 53bijik..bayangkan le dok brp byk nk melantak tu..hehehehe so bg dua le dgn Ana, bwk blk je uma, huh anak2 Lin semua hantu durian, skli ngadap abs licin, yg ado tu pun tgglkan hubby kasi jamah sikit, nk ikutkan td, abs anak2 Lin nak bedal, ye la td ingtkan byk sangat, rupanya anak2 suke, sbb rasanya kot, pahit2 manis gitu, kecik2 je isinya, skli ngap jek..hehehe
Takpe dh ada namecard tu, nanti nak lagi juz col je si Lee Choon Weii tuh..hahahaha *muka dia sama mcm Datuk Lee...hehehehe
P/S: Ooo Anna, ko nya dh abs belum tu..heheheheh lepas ni bwk Geng kita lepak mkn durian kt situ..heheheehe
Godog Daging
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 3:38 PMSalam semua...
Hurmm nom nom nom..sedapkan..Tq Mamayatie sbb lepas gak kepingin Lin mau makan itu 'godog' hehehe..
Godog tu bahasa Jawa, klu dlm bahasa melayu rebus, ala2 mcm sup le, cuma rasa dia ada lain mcm sikit, semua cukup, masam, manis, masin, tu pun klu pandai le masakkan, klu x pandai tu, rasa gulai kot..hahahahaha
Yg atas tu gambo mgkuk Lin balance sebelum makan, now dh licinnnn dgn kuah2 nya skli..hehehehe
Dok jenguk2 gak respi godog ni, skli terjumpa plk kt Mesra.Net, kot2 sapa2 mau cuba tuh..sila silaa..
*Yg ni C&P dr gambo dapur mamayati..hehehehe terjojol petai tu, apsal akunya xde petai ek? hehehehe salah ceduk agknya..kekekekeke
P/S: Kalau nk rasa resepi Mamayatie, pi le gosok2 mntk kat dia yek..hehehehe, ada owang lain caranya..hehehehe
With Love
........................
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 2:37 PM"Ketika sahabat menjadi seteru, ketika sahabat meninggalkan kita, ketika sahabat semakin menjauh..
sedarlah itu proses menuju kematangan"...
P/S: Tiada kena mengena dgn sahabat yg hidup atau pun yg mati..sekadar luahan dr hati naluri untuk renungan sendiri...
Tuesday, June 22, 2010
Preview: Batam
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 11:35 PM*Kena naik feri..huhuhu naik flight boleh? hehehe
*Saya mau ke sini...boleh enggak? kekekeke
*Waduh2..enggak bisa lihat ini..sopinggggggggggggg syokkkkk!
Iye, bisa aja dong, kapan ya? erkk!! belum mati cmna mau kapan? hahahahahahaha
Kuang kuang kuang.....hehehehehe
Layannnnnnnnn tunggu dan lihat! hehehehehehee
P/S: Hehehe terima kasih ya...ada rejeki kita jumpa di sana... :)
Selamat pulang 'teman'
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 7:53 PMSalam semua...
Alhamdulilah..syukur kepada Allah, juga Tahniah bt teman Geng Setaman yg baru kembali mengerjakan umrah..Megarwati dan suami, juga Zana dan family..semuga mereka mendapat keberkatan drNYA..aminnn
Lin tumpang gembira melihat mereka, dlm usia muda2 lagi dh dpt memijak bumi Allah, melihat dr gambar2 Megg tu, terpegun dan teruja, apa lagi bila dpt berdiri di depan mata kan Megg?..mau menangis dan terharu kan kt sana..
Owang kata kita kena tanam impian nak ke sana,bru impian tercapai, ada jugak kata ikut seru, tp skrg ni klu seru dh ada, tp rezki belum ada, x jugak sampai yek, mudah2 mudahan Lin juga akan menjejakkn kaki ke sana..insyallah..aminnn
*Gambar Mega dan suami, terpancar keindaham Mesjid Nabawi tu kan..sungguh menakjubkan..
**maaf Megg aku C&P gambo ko..hehehe :)
*Ni gambar lama Lin dan Zana, hehe waktu tu Lin x pakai tudung lagi yek..hehehehe
Tahniah teman, aku gembira dan syukur dgn rezki ko dpt menunaikan Umrah bersama suami dan juga anak2..alhamdulilah semuanya selamat...
Teringin juga nak memeluk ko amik berkat bauan dr sana..tp apakan daya aku.....:(
P/S: Ku bersujud syukur pada mu Tuhan,....aminnnnnn
Resepi Bubur Durian aku.
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 4:27 PMSalam semua...
Nom nom nom..sedapnya la kan, hurmm tetiba smlm teringin nk makan bubur durian, ada kawan tu nak bg tp kira xde rezki Lin, so ngencesss le smlm..huhuhu
So hrni supaya tidak baby cacing dalam perut ni ngencess juga, jdnya kerajinan le Lin ni memasak untuk menu ptg hrni..
Apalagi mari kita ikuti resepi cara2 membuatnya..kekekekeke
Bahan-bahan:-
-Sebiji buah durian tepi jalan yg telah di timbang dekat rm6 tadi..huhuhu (nyaris2 x jd buat bubur sbb sedapnyaaa jamah seulas td)hahahaha..
-Sebekas kacang hijau rm2.50sen tu (buat x byk, untuk ank tekak sendiri dgn nak memulangkan tupperware2 kawan) hahahaha
-Santan kelapa 1 biji. ( ikut suke lemak kowang la)
-Gula merah 3 sudu ( eee takut manis kita, sbb durian tu kan dh pahit manis) nanti resap le dlm kuah tu..hehehee
-Daun pandan.. (kowang jgn amik asal boleh daun pandan yg dlm kete plk, kang x pasal2 pening plk makan) hahahahahaaha
Cara membuatnya:-
1. Rebus kacang hgga pecah dara..( hgga pecah kulit le)..
2. Masukkn durian (kasi resap dlm kacang)..skli lobang idung...heheheh
3. masukkn santan, air tambah ikut le suka byk mana kuahnya..(jgn cair sangat, x sedap)..
4. Masuk gula merah, secubit garam, (klu nk manis lagi tambah le gula pasir tu) eee jgn le manis2..huhuhu
5. Kacau2 hgga mendidih pastu kowang hidang mcmtu, pastu amik gambo masuk le blog..hahahahahaha..
tak reti2 ker..kuang3x....
Jemput makan semua...hehehehe
P/S: Pd sesiapa tupperwarenya ada pd Lin ni, dpt le rasa yek..hahahahahaha
Khas untuk my ex-SMMB
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 11:50 AMSalam semua...
Hurmmm ini entry khas untuk seorg kwn sekolah Lin yg baru2 ni jumpa kat FB, dia PM kt inbox FB mintak Lin kuarkan gambar terbaru anak2 Lin dn juga family Lin sekeluarga kt blog, dh bgtau dh kt Fb ada album gambar Lin tp dia kata kt ofis dia x boleh bkk FB kecuali klu dia kat luar, tu pun ngadap kt CC jek..hehehe sian ko ek..:p, takpe la, aku bt entry khas untuk ko ni, bukannya apa, aku takut kang ada owang kata aku ni nak tunjuk2 plk, biasa le setengah2 blogger nie, tak boleh entry terlebih sikit, ada je spekulasi timbul..huhuhu
Ok le so nak x nak Lin kasi update le, ni kalo anak dara Lin tau amik gambo dia x cakap dia..adeiii mau pot pet pot pet di buatnya..huhuhuhuhu
*semua ni kira gambar yg terbaru.
*Ni anak sulung Lin, Nurul Nastasea namanya..sekolah tgkatan 4, ..yg sorg ni byk sangat songel, terlalu detail orgnya, jgn le ajk borak pasal makan, mcm2 yg ni x boleh yg tu x boleh..huhuhu nk jd pakar pemakanan agknya dia ni..:)
*Yg ni anak Lin no-2, Nurul Nazryyana, sekolah tgkatan 2, ermm yg sorg ni boleh puji, rajin, cepat belajar klu kita ajar dia, x kira le masak ke apa ke, dia seorg yg ingin nak mencuba sesuatu yg baru...:)
*Yg ni plk anak lelaki satu2 nya Lin, Md.Ridzuan, sekolah darjah 4, seorg ni mmg keras kepala sikit, klu kita suruh ada je yg dia jawab, isshh kadang2 jd kawan gaduh bertekak je dgn dia...huhuhu manja terlebih pun ada gak..:p
*Inilah keluarga kecil aku, cukup2 le dgn yg ada ni, 3org ni klu dh berjumpa kat rumah, mcm dh jd 10 org..bak kata Shai..'Keluarga yggggg Rumit'..hahahahahhaa sabo je le aku..
P/S: Hehehe yg ko tu bila lagi mau kawin daaaa? yg cinta 'monyet' ko tu zaman sekolah dulu tu x menjadi ek? hahahahaha..bercinta bagai nak rak dulu..hhehehehee
Monday, June 21, 2010
Biar mati 'anak', Jangan mati 'adat'..
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 1:00 PM*Sedulang inai, bunga melor tu wangi semacam je kan..huhuhu
*Sedulang manisan dan sedulang pakaian dan aksesori..byk woo gelang dia tu..hehehe
*Kumpulan Yassin Al-Wasilah..malam tu Yassin dan doa selamat.
*Manis skli wajah pengantin perempuannya, ala2 Karena Kapoor dh tu kan? cantikkkk
*Menu malam tu, putumayam, nasi minyak, rendang merah ayam, dalca tulang dan pencuk..
Salam semua...
Mungkin pepatah tajuk tu boleh di guna pakai lagi zaman sekarang ni kan, ye la malam 18hb hrtu, kumpulan Yassin Lin dpt jemputan Yassin untuk mjlis perkahwinan rumah kak Banu di 1/12 kt Bukit Indah nie, keluarga derang ni India muslim, walaupun agama asalnya India dan sekarang telah memeluk Islam, adat dan upacara Islam tetap di utamakan, biarpun ada sikit2 keIndiaannya tuh..hehehe
So Lin angkut, Yatie, Midah, Juhara dan juga Ana sekali jalan naik kete Lin, senang nak parking kan, masing2 semua free x bawak anak, siap le dok ngeteh uma Ju balik tu..heheheheeh
Doa selamat dan Yassin di mulakan, terlihat dulang hantaran tetap ada untuk malam berinai, persalinan India, inai juga manisan di berikan.
Selesai doa selamat, pengantin perempuan keluar dgn serba serbi seperti pengantin India, mmg cantik, dh mcm pelakon bollywood sekali pandang..kan kan?
Keluarga derang ni mmg ramai, dan meriah, dr luar bwk ke khemah makan, mmg kecoh riuh..hehehe
Menu pulak kowang jgn pelik, siap ada putumayam, selalu makan dgn gula melaka dn kelapa parut, tp kali ni derang saji dgn lauk pauk nasi minyak tu..sedapp x la keIndiaan sangat rasanya..hehehehe
Itu lah di katakan Islam, agama tidak kenal mereka siapa, yg penting hati mau ihklas, biarpun adat membezakan bangsa tp agama tetap satu tiada duanya...
P/S: 3hr berturut2 hari yg meletihkan,huhuhuhuhu tp enjoy!... :)
L.O.V.E day..
Di Catat Oleh Sis-Lin Jam 12:15 PMSalam semua...
Jom layan jiwang, sentimentel dan romance...:)
"Without U , my days are 'Saddy', 'Moanday', 'Tearsday', 'Westeday', 'Thirstday', 'Fightday', and 'Shatterday'....Thankx 4 everything..I Love U...
As long as we together..everyday is my anniversary..everyday is our day..
I Love U Ever and 4 ever.
U all ingat kek itu? ye sudah setahun kek itu kan...huhuhuhu
So Happy Father's Day to all 'lelaki' yg bergelar 'Bapa' especially to my hubby,En Sabar.
Smlm adalah hr buzy bt en hubby juga Lin dan anak2, so takde yg istimewa di sediakan untuknya, cuma kami meraikannya sekadar ucapan di bibir dan penyatuan 2 hati...i luv u..
Naz & Yana & Amat: "We luv U dad"..
P/S: Kenangan banyak meninggalkan kesan dlm erti kehidupan, kemanisan kepahitan byk mengajar apa itu erti kasih sayang dlm kehidupan...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Salam semua.. Hari ni nak berkongsi madah kehidupan buat pedoman untuk kita..Lin suka membacanya..ada yg terkena dan mengena dalam diri ki...
-
Assalamualaikum wbt... Selamat Hari Raya..hahahahhaa sengal betul budak Sis-Lin ni tau! hahahahahah Kowang jangan gelak2 dan sambil lewa bu...
-
Salam semua.. Hehehe mcm dah nak raya je kan, tp betul le, ...
-
Salam semua.. Masih ingat dgn edisi 'Madah-madah kehidupan' entry Lin yg terdahulu? ermm ok kali ni, Lin nak berkongsi plk koleksi madah-ma...
-
Assalamualaikum wbt.. 'Selamat Hari Raya' opsss terlebih sudah! ha ha ha Feel raya sudah mari woo, sana sini dah mula buat tempahan biskut,...





































3 Orang Komen Links to this post
Labels Dunia Ku, Emosi, Masakan